TEMU BUAL bersama pelakon, Nabila Razali di sidang media Bawah Payung Awan yang berlangsung di Petaling Jaya.
Bawah Payung Awan merupakan sebuah drama bersiri 30 episod menggandingkan tiga pelakon Nabila Razali, Ben Amir dan Nelissa Nizam dan akan mula ditayangkan di Viu pada 13 Jun setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.
Drama ini merupakan adaptasi kedua dari novel tulisan Liza Nur dan diarahkan oleh pengarah Azri Izhar.
Drama ini turut dibintangi oleh Amyza Aznan, Riz Amin, Adam Malek, Muaz Zabir, Kodi Rasheed, Watie Sadali dan Lan Siro.
Bawah Payung Awan mengisahkan tentang tiga sekawan iaitu Widad (Nabila Razali), Soleiman (Ben Amir) dan Hanan (Nelissa Nizam) yang dibesarkan di sebuah kawasan setinggan yang menjadi sarang penjenayah.
Widad, anak seorang pelacur, berusaha keras untuk mencari jalan keluar dengan belajar bersungguh-sungguh.
Soleiman yang menjadi mangsa dera ayahnya sejak kecil keliru dalam mencari identiti diri setelah abangnya meninggal dunia semasa melarikan diri daripada pihak polis.
Hanan yang dirogol abang sendiri semasa berusia sembilan tahun dan dibenci ibu kandungnya, mencari kebebasan dengan berpeleseran dengan mat motor bernama Zaf.
Hanan yang semakin hanyut, mendesak Soleiman membantunya sehingga Soleiman terheret ke dalam perancangan samseng-samseng kawasan setinggan mereka untuk merompak.
Langgan Viu Premium untuk menonton drama Bawah Payung Awan dan pelbagai lagi rancangan hiburan Asia terbaik tanpa gangguan iklan.
Petaling Jaya • 13 Jun 2024
#nabilarazali #bawahpayungawan #setinggan
• • • • • • • •
• 𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 & 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮𝗮𝗻 -
hello@f8buzz.com
• 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗮𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗹/𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶 & 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗿𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 -
gerila@f8buzz.com
• • • • • • • •
𝗕𝗮𝗰𝗮 𝗮𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 -
www.f8buzz.com
• 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 & 𝗮𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗸𝗲 𝗧𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗮𝗻𝗱𝗮 -
t.me/f8buzz
• 𝗦𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴, 𝗴𝗼𝘀𝘀𝗶𝗽, 𝘃𝗶𝗱𝗲𝗼 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝘁𝗮𝗯𝗶𝗿 & 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺 𝗱𝗶 𝗧𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺 -
t.me/f8buzzsembang
• 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝗙𝟴𝗕𝘂𝘇𝘇 -
kzitem.info/rock/Buzz
• 𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗙𝟴𝗕𝘂𝘇𝘇 𝗱𝗶 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗦𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 -
/ f8buzz
/ f8buzz
www.tiktok.com/f8buzz
/ f8buzz
Негізгі бет Ойын-сауық Nabila Razali Jadi Anak Pelacur? Tak Ada Mood Pun Terpaksa Nangis?
Пікірлер: 2