Podcast Borak-Borak Rumahtangga Episod 4 Edisi Khas Ramadan kali ini antaranya membicarakan mengenai isu semasa mengenai Neelofa dan Nabil Ahmad yang dikritik netizen kerana didakwa tidak sensitif semasa memberikan pandangan kepada caller radio. Neelofa dan Nabil Ahmad dikatakan memberikan jawapan secara spontan serta mengabaikan aspek mental health, perasaan serta tidak memahami situasi caller ketika memberikan luahan.
Istimewa dalam episod kali ini sempena menuju malam lailatul qadar, berkongsi kisah tentang Meriahnya Rumahtangga Nabi s.a.w dalam Buku Asam Garam Siri 3 serta dikongsikan teknik ”Dua list” yang memfokuskan 9 aspek untuk pasangan yang sedang dalam krisis rumahtangga iaitu
1. Kejayaan Akhirah
2. Hala Tuju Rumahtangga Duniawi
3. Kesejahteraan - Fizikal, Mental, Emosi (Me Time)
4. Seks & Intimasi
5. Kerjaya & Kewangan
6. Keibubapaan dan Keluarga
7. Komunikasi & Resolusi Konflik)
8. Pengurusan Kerja Rumah
9. Hobi dan Pengalaman Baru
Setiap episod akan menampilkan Zafrul Noordin, Pengasas MySakinah dan Luqman Makhtar, penulis buku Asam Garam Rumahtangga Nabi s.a.w untuk mengupas topik runcing ini bersama-sama berdasarkan ilmu psikologi hubungan moden serta dari sudut islam.
Bagi anda yang memerlukan khidmat nasihat rumahtangga , klik link di bawah untuk maklumat lanjut mengenai program yang disediakan di MySakinah
👉 mysakinah.com/my
Berikan sokongan anda kepada Program 500 Masjid, satu inisiatif khas kami untuk memperkasakan masjid di Malaysia bagi menyelamatkan perkahwinan yang sedang dalam krisis dan di ambang penceraian
👉 Bit.ly/500Masjid
EPISOD 4: Edisi Ramadan ( Timestamps )
0:42 Pengenalan
5:50 Isu Neelofa dikritik semasa beri pandangan caller radio
22:41 Kisah Meriahnya rumahtangga Nabi petikan dalam Buku Asam Garam Rumahtangga Nabi Siri 3, Bab 2
39:35 Teknik "Dua List" merangkumi 9 aspek rumahtangga
53:44 Adab-adab dalam berdoa
56:57 Program Pemulihan rumahtangga MySakinah
1:01:46 Teaser Episod 5 (Menjelang Syawal)
Негізгі бет Neelofa & Nabil Ahmad dikecam netizen?| Doa Laylatul Qadr bagi mengubah hala tuju perkahwinan | EP 4
Пікірлер: 4