Penulis : Rosli Mohd Nordin
Editor : Yusaida Yusof
Koordinator : Rosli Mohd Nordin & Yusaida Yusof
Konsep, Penata Gaya & Pengarah Seni : @roslimohdnordin
Solekan & Rambut : Shine (@shinemataharikumakeupartist)
Lukisan : Gejolak Rasa (Pelukis : Rosli Mohd Nordin, Medium Arkilik)
Jurufoto, Videografer & Visual Editor : @azrul_azizi_aziz
Lokasi : Rimbun Gasing
Majalah : Dewan Bahasa
Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka, DBP
Isu : April 2022
Video berbentuk kuiz membetulkan ejaan beberapa perkataan umum seperti mi, pensel, losen, keriting, muruku, reda dan mihun yang dibuat dan dicadangkan oleh pelajarnya (Batrisyia Saffiyah) pada November 2020 (Perintah Kawalan Pergerakan kali kedua), secara tidak sengaja tular dan mempopularkan figura kelahiran Kuala Berang, Terengganu ini. Cikgu Zack Kirana atau nama sebenar beliau Saliza Ibrahim (35 tahun) tidak pernah merancang untuk bergelar seorang pempengaruh yang memberi impak tersendiri khususnya menggalakkan orang ramai membetulkan pelbagai kesalahan bahasa Melayu seperti ejaan, tatabahasa, sintaksis, sebutan (fonetik), morfologi dan peribahasa.
Melihat sambutan yang memberangsangkan daripada para pengikut beliau di pelantar Instagram (IG) dan Twitter, menyebabkan Cikgu Zack Kirana tidak berpaling lagi dan ingin terus memperjuangkan “jati diri” bahasa Melayu ke tahap yang lebih membanggakan seterusnya mengimbau kembali bahasa ini yang pernah menjadi bahasa lingua franca suatu ketika dahulu. Bagi edisi terkini ruangan Wawansabda Bahasa, penulis berpeluang mendekati pempengaruh yang sedang meningkat namanya ini buat tatapan pembaca setia majalah Dewan Bahasa.
Негізгі бет ‘Nekad Julang Bahasa Melayu ke Persada Dunia’ Cikgu Zack Kirana
Пікірлер: 18