Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) telah menerajui pembentukan sebuah garis panduan khusus bagi memperincikan tindakan-tindakan yang menyokong pelaksanaan strategi-strategi yang terkandung di bawah Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik KBS 2020-2025. Dalam usaha tersebut, ESI dengan kerjasama Futurise, sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan telah membawa inisiatif ini di bawah program National Regulatory Sandbox (NRS).
Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan (NESDEG) telah dilancarkan secara rasmi pada Jun 2023. Matlamat NESDEG adalah untuk memberi panduan kepada semua pemegang taruh berkaitan tadbir urus yang lebih efektif, hak dan bertanggungjawab dalam kalangan penggiat dan pemain industri selain menggariskan panduan dan prosedur untuk membuat keputusan, kawalan dalaman dan pengurusan risiko yang lebih baik.
Proses penyediaan garis panduan tersebut telah merangkumi semua kumpulan pemegang taruh dengan gerak kerja telah bermula pada penghujung 2021 yang turut melibatkan agensi dibawah KBS, agensi kerajaan yang berkaitan, wakil persatuan sukan elektronik, pasukan dan pemain professional, penerbit permainan, penganjur acara dan orang perseorangan.
Khusus bagi Teras 6, pembentukan pengisian garis panduan adalah diterajui oleh Institut Sukan Negara (ISN) dengan sesi libat urus telah dijalankan bersama pakar rujuk dalam sains dan perubatan sukan.
Untuk memastikan NESDEG kekal relevan, penambahbaikan secara berkala akan dijalankan dengan input dan maklumbalas daripada semua pemegang taruh sukan elektronik dari semasa ke semasa.
6 teras utama di dalam NESDEG:
Pengurusan Kontrak Pemain
Penerapan Tadbir Urus Penganjuran Acara
Pemantauan dan Perlindungan Kepada Kanak-Kanak
Kod Tatakelakuan dan Etika
Laluan Kerjaya
Aplikasi Sains dan Perubatan Sukan di dalam Sukan Elektronik
Негізгі бет NESDEG VIDEO COMMERCIAL
Пікірлер