Video ini juga terdapat dalam blog saya. Ia adalah temubual eksklusif saya dengan Nenek Dasima setahun lalu, beberapa bulan sebelum beliau meninggal dunia. Nenek Dasima adalah adik bongsu nenek saya (ibu ayah saya) Maah. Beliau adalah generasi terakhir dari lapisan nenek-nenek keturunan Nyeik Sheikh Haji Husin yang masih hidup ketika itu.Temubual itu berkisar tentang diri Moyang saya Nyeik Sheik sendiri, latar belakang kehidupannya, rupa parasnya serta isteri-isteri dan anak-anaknya. Melalui ruangan ini, dirasakan, mana-mana cucu-cicit dan keturunannya, akan mengetahui asal-usul sejarah dan keturunan mereka. Ada keistimewaan pada moyang saya ini. Bayangkan pada tahun-tahun akhir 1800-an, beliau telah dan mampu menjejakkan kami ke bumi Mekah. Beliau juga, dikatakan sebagai pengasas membuat songkok dan kopiah di Malaysia, .yang kini diwarisi oleh orang-orang Kapau serata Malaysia, Singapura dan Brunei. Tidak hairan, sekiranya 65% pembuat dan penjual songkok di ketiga-tiga negara ini, adalah saudara-mara dan kaum kerabat kita. Video ini saya hadiahkan kepada semua kaum keluarga sama ada yang saya kenali atau tidak.Paparan di ruangan ini kerana ruanglingkup audiennya lebih luas serata dunia.
- Күн бұрын
NYEIK SHEIK HAJI HUSIN - DIBICARAKAN OLEH ALLAHYARHAM ANAK BONGSUNYA NENEK DASIMA.
- Рет қаралды 1,351
Пікірлер: 1