𝐎𝐏𝐒 𝐒𝐀𝐏𝐔, 𝐎𝐏𝐒 𝐊𝐔𝐓𝐈𝐏 𝐃𝐀𝐍 𝐎𝐏𝐒 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀 𝐉𝐈𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐑𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆
𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐑𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆, 𝟑𝟎 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 - Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah menjalankan Ops Sapu, Ops Kutip Dan Ops Belanja di sekitar Pulau Redang dengan kerjasama dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu dan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu.
Hasil daripada operasi ini sebanyak 9 premis dan 92 individu telah diperiksa, dari jumlah tersebut seramai 9 orang PATI ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan 6 orang warga Bangladesh, Pakistan (2), serta India (1).
Sementara itu, 2 majikan dan pemilik premis turut dipanggil untuk diambil keterangan kerana kesalahan melindungi dan menggaji PATI dan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Sekiranya anda mempunyai maklumat yang lengkap mengenai keberadaan PATI, aduan rasmi boleh disalurkan ke Bahagian Penguatkuasaan JIMNT melalui saluran-saluran berikut :
- 09-622 3425
- enforce_trg@imi.gov.my
- imi.spab.gov.my
Identiti anda DIRAHSIAKAN
#imigresen #terengganu #jim #kdnmadani #MalaysiaMadani #KDN_TogetherWeAreOne #KeselamatanTanggungjawabBersama
Негізгі бет Ops Sapu, Ops Kutip dan Ops Belanja di Pulau Redang
Пікірлер: 2