#Channel20sen
Harga Tiket Zoo Negara
Warganegara
Dewasa: RM45
Kanak-Kanak: RM18
Warga Emas: RM23
Pekerja Asing (Ada Permit)
Dewasa: RM50
Kanak-Kanak: RM25
Warga Emas: RM50
Pelancong Asing
Dewasa: RM88
Kanak-Kanak: RM43
Warga Emas: RM88
Rombongan Sekolah
Dewasa: RM17
Kanak-Kanak: RM13
Warga Emas: RM17
Parkir: RM10
Panda adalah anak emas semua zoo di dunia ini. Tidak semua negara diberi peluang oleh China untuk menyimpan binatang ini.
Jadi hargailah peluang ini untuk melihat sendiri, panda gergasi di Zoo Negara
Di Kompleks Konservasi inilah terletaknya dua ekor panda gergasi dari Cina yang dipinjamkan kepada Malaysia melalui Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.
Pada 21 Mei 2014 dua ekor panda gergasi tiba di Malaysia dan ditempatkan di Kompleks Konservasi ini, untuk tempoh selama 10 tahun.
Panda jantan bernama Fu Wa dan panda betina bernama Feng Yi, kemudian nama kedua panda ini ditukar. Panda betina diberi nama Liang Liang, manakala panda jantan diberi nama Xing Xing.
Tapak kompleks ini seluas 1.6 hektar dilengkapi dengan suhu sejuk (14 darjah Celcius) yang sesuai serta makanan buluh yang menjadi diet setiap hari.
Selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan, program ini dapat meningkatkan kesedaran mengenai usaha konservasi haiwan, selain menghargai keunikan dan kepentingan kon ser vasi hidupan liar serta bio di ver siti serta pelancongan antara dua negara.
Kira-kira 1,600 panda sahaja yang hidup di luar kurungan. Sebanyak 24 ekor panda telah dihantar ke 12 negara sebagai simbol persahabatan, namun ada di antara haiwan berkenaan telah mati.
Malaysia menjadi negara ke-13 untuk menerima haiwan tersebut.
Негізгі бет PANDA GERGASI DI ZOO NEGARA
Пікірлер: 19