Assalamualaikum..Apa khabar? Saya doakan anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat disamping keluarga dan aktiviti serta rutin harian.
Pada video kali ini saya bersama sahabat saya Saudara Rizal dan Kapten Pawang berpeluang untuk turun 𝙟𝙞𝙜𝙜𝙞𝙣𝙜 lagi, dimana kami berhasrat untuk melakukan eksplorasi di beberapa 𝙥𝙤𝙞𝙣𝙩 berpotensi di sekitar 𝘽𝙖𝙩𝙩𝙞𝙠 𝙎𝙝𝙖𝙤𝙡.
Ketibaan kami seawal pagi di 𝙥𝙤𝙞𝙣𝙩 berkenaan disambut deruan kapal kapal 𝙆𝙪𝙡𝙞𝙗𝙪 (Kapal Pukat Jerut Pesisir Pantai) yang kebiasaanya memukat di sekitar laut cetek untuk menjerat ikan ikan pertengahan dan permukaan seperti Ikan Kayu (Tongkol), Kobar Kobar (Jaket) dan Ikan Putih GT.
Keberadaan kapal kapal ini sebenarnya menggangu aktiviti 𝙟𝙞𝙜𝙜𝙞𝙣𝙜 kami kerana deruan deruan bunyi enjin disamping aktiviti ini juga memerlukan beberapa bot kecil untuk melakukan
aktiviti menghalau ikan samada menggunakan kaedah pecutan pecutan bot ataupun beberapa orang 𝙙𝙞𝙫𝙚𝙧 akan menyelam di sekitar pukat untuk menghalau kawanan ikan ke arah pukat mereka.
Ketika kami 𝙨𝙩𝙧𝙞𝙠𝙚 ikan GT kalau sahabat semua perhatikan dan dengar dari video ini, kami berusaha untuk meminimumkan visual 𝙨𝙩𝙧𝙞𝙠𝙚 kami dari penglihatan mereka untuk mengelakkan mereka menghampiri atau berada lebih dekat dengan bot yang kami naiki.
Kebiasaan, apabila kapal kapal ini berjaya mendapatkan kawanan ikan GT ini, mereka berupaya mendapatkan hasil sehingga berpuluh metrik tan ikan ikan tersebut, yang mana sahabat sahabat semua pasti jelas aktiviti sebegini pada jarak kurang dari 1nm dari pesisir pantai adalah dilarang, akan mengganggu ekosistem perikanan kepada nelayan nelayan tradisional. Semoga pihak berkuasa dapat melakukan pemantauan yang lebih kerap agar aktiviti aktiviti sebegini dapat dibendung
Ikuti aksi aksi yang sempat saya rakamkan. Kepada yang baru bergabung dengan @𝐔𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐬𝐢 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐧𝐞𝐥 selamat datang dan semoga terhibur saya ucapkan. Bantu saya dengan 𝙑𝙞𝙚𝙬, 𝙇𝙞𝙠𝙚, 𝘾𝙤𝙢𝙢𝙚𝙣𝙩, 𝙎𝙪𝙗 dan 𝙎𝙝𝙖𝙧𝙚 video dan channel ini. Semoga dengan adanya komen komen dari anda semua dapatlah saya memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan 𝙘𝙝𝙖𝙣𝙣𝙚𝙡 ini, disamping menjadi motivasi kepada saya untuk memuat naik video video yang lebih berkualiti di masa hadapan.
Saya juga menjemput anda semua untuk bergabung dengan 𝙐𝙢𝙥𝙖𝙣 𝘽𝙚𝙨𝙞 𝘾𝙝𝙖𝙣𝙣𝙚𝙡 di 𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 𝐏𝐚𝐠𝐞 𝐔𝐁𝐂 & 𝐓𝐢𝐤𝐭𝐨𝐤 (umpanbesichannel)
Jangan lupa
𝙒𝙖𝙩𝙘𝙝,𝙇𝙞𝙠𝙚,𝘾𝙤𝙢𝙢𝙚𝙣𝙩,𝙎𝙪𝙗 & 𝙎𝙝𝙖𝙧𝙚 ke seluruh dunia :-)
Terima Kasih Sahabat/TQVM
Set
Daiwa BG SW 2023 4000D CXH
Daiwa HJ Light MS65
Daiwa J Braid #2
FC Sufix #10
Daiwa BG SW 2023 6000D H
Zen Zagan ST #3
Daiwa J Braid #3
FC Sufix #10
Assist Hook:
Nizam Assist Hook 01136880405
Негізгі бет Panen 20 Ekor Giant Trevally Dalam 2 Jam | Daiwa BG SW 2023
Пікірлер: 39