#pantaisepat #tempatmandilautterbaik
Tanjung Sepat atau lebih dikenali sebagai Pantai Sepat adalah perkampungan nelayan khas Melayu yang terletak kira-kira 10 km dari Kuantan dan terletak dalam perjalanan dari bandar Kuantan ke Bandar DiRaja Pekan dan merupakan jalan alternatif ke Pekan.
Keadaan pantainya yang landai jauh ke laut amat sesuai untuk aktiviti mandi manda, sukan pantai, orang berkhemah dan lain-lain lagi. Pantai ini terkenal di kalangan penduduk tempatan dan menjadi kawasan tumpuan pada hujung minggu atau cuti am kerana tempatnya tenang dan menarik.
Dengan hamparan pantai berpasir putih lebih dari 10 kilometer panjangnya dan air lautnya yang bersih telah menjadi destinasi hujung minggu yang utama. Tempat yang popular di kalangan pelancung tempatan, satu lagi keunikan pantai ini adalah terletak di tengah-tengah perkampungan nelayan tradisional, di mana kita boleh melihat aktiviti menurunkan dan menaikkan bot oleh nelayan serta boleh membeli terus hasil tangkapan nelayan yang segar di sini kalau bernasib baik.
Di sini juga kita boleh melihat kawasan sawah padi disebelah daratan dan hanya dipisahkan oleh jalanraya dan pokok kelapa. Pelbagai kemudahan awam turut disediakan seperti tandas, surau dan bilik persalinan untuk keselesaan pengunjung.
Негізгі бет Pantai Sepat Menarik Di Kuantan | Mandi Laut
Пікірлер: 12