#channel20sen
Pekan Siputeh salah satu antara beberapa pekan lama yang masih wujud di negeri Perak. Namun, kewujudannya kini sungguh jauh berbeza jika dibandingkan pada era zamannya.
Pekan Siputeh terletak 7km daripada bandar Batu Gajah dan mengambil masa perjalanan lebih kurang 10 minit ke destinasi.
Bangunan rumah kedai yang terdapat di pekan ini dibina sebelum perang dunia kedua lagi. Ianya sama dengan binaan rumah-rumah kedai lama yang banyak terdapat di pekan-pekan lama sekitar negeri Perak.
Apabila berada di Pekan Siputeh ini kita akan merasai aura klasik begitu kuat sekali, Walaupun hiruk pikuknya sudah lama berlalu pergi.
Kewujudan pekan Siputeh juga saling berhubung kait dengan perkembangan aktiviti perlombongan bijih timah yang sememangnya menjadi hasil utama negeri Perak suatu ketika dahulu.
Sayangnya selepas sahaja perusahaan bijih timah mulai merosot maka beberapa pekan yang suatu ketika dahulu menjadi tumpuan manusia mula hilang seri dan peranannya. Pekan Siputeh juga tidak terkecuali.
Негізгі бет PEKAN SIPUTEH | DIKATAKAN SEBUAH PEKAN MATI NAMUN MEMPUNYAI AURA KLASIK BEGITU KUAT
No video
Пікірлер: 124