OPPO Memperkenalkan Siri Reno8 5G - Pakar Potret Yang Memberikan Pengalaman Fotografi Cahaya Rendah Yang Tiada Tandingan
KUALA LUMPUR, 21 Julai 2022 --- OPPO hari ini mengumumkan pelancaran telefon pintar Siri Reno terbaharunya - Siri OPPO Reno8 5G - di Malaysia. Direka untuk menjadi Pakar Potret peringkat mercu dalam segala aspek, Reno8 Pro 5G dilengkapi dengan NPU pengimejan yang pertama dibangunkan sendiri oleh OPPO iaitu MariSilicon X. Dengan sokongan keupayaan pemprosesan imej MariSilicon X yang berkuasa, Reno8 Pro 5G memberikan satu ciri kamera yang inovatif untuk membantu para pengguna menangkap potret ultra jelas walaupun dalam senario yang paling mencabar.
Potret ultra jelas dalam semua situasi
Dilengkapi dengan pelbagai ciri pengimejan unggul, Reno8 Pro 5G membawa foto dan video potret ultra jelas ke tahap baharu dengan perkakasan yang berkuasa dan asas perisian.
Негізгі бет Ойын-сауық PELANCARAN OPPO RENO 8 SERIES 5g
Пікірлер