Bahagian Promosi Pelancongan memperkenalkan satu lagi produk pelancongan - Penghayatan Burung di Taman Mutiara Batu Berendam Melaka.
Taman Mutiara Batu Berendam dikesan menjadi habitat kira-kira 3000 burung air daripada 16 spesis termasuk spesis Heron, Egret dan Bitterns mengikut tinjauan Jabatan Perhilitan Melaka dan MNS Melaka.
Sebagai Langkah permulaan untuk mempromosikan produk ini, BPP dengan kerjasama Jabatan Perhilitan Melaka, MPHTJ, Tourism Malaysia Melaka, MNS dan Hotel 906 Premier Melaka akan menganjurkan Pertandingan Fotografi bertemakan “Kehidupan Burung Air” dengan menawarkan hadiah wang tunai, piala dan sijil.
Tarikh pertandingan akan bermula pada 7 Oktober 2022 hingga 7 November 2022. Penyertaan adalah percuma, Tarikh tutup penghantaran gambar adalah pada 8 November 2022. Tempat rakaman gambar ialah di tapak habitat Burung Air di hadapan Hotel 906 Premier Batu Berendam Melaka. Peserta juga akan menikmati harga promosi jika menginap di Hotel 906 Premier sepanjang tempoh pertandingan.
Selain dari itu, pertandingan ini juga diadakan bagi memupuk dan memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memelihara dan melindungi habitat burung berkenaan serta menjadikan Kawasan ini sebagai tumpuan aktiviti fotografi.
Негізгі бет Penghayatan Burung di Taman Mutiara Batu Berendam Melaka
Пікірлер