Di Pekan Ayer Molek, ada simpang empat bulatan. Laluan terus menuju ke Jasin dan Tangkak (Johor). Diikuti belok ke kanan menuju ke Tiang Dua, Bukit Lintang dan Umbai manakala belok ke kiri menuju ke Duyong dan Bukit Baru. Minit 2:02 saat : Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Duyong. Di simpang tiga ada lampu isyarat, laluan terus menuju ke Bukit Baru manakala belok ke kanan pula menuju ke Taman Desa Duyong. Di simpang empat ada lampu isyarat, laluan terus menuju ke Bukit Baru. Diikuti belok ke kiri menuju ke Pusat Bandaraya Melaka manakala belok ke kanan pula menuju ke Bukit Katil, Ayer Keroh dan Lebuhraya Utara Selatan E2. Di Paya Ikan, ada simpang tiga lampu isyarat. Belok ke kanan menuju ke Ayer Keroh dan Lebuhraya Utara Selatan E2 manakala belok ke kiri pula menuju ke Pusat Bandaraya Melaka dan Bukit Baru. Di simpang tiga, laluan terus menuju ke Bukit Baru, Pusat Bandaraya Melaka dan Alor Gajah manakala belok ke kiri pula menuju ke Bukit Piatu dan Bukit Serindit. Di simpang tiga ada lampu isyarat, laluan terus menuju ke Bukit Baru, Pusat Bandaraya Melaka dan Alor Gajah manakala belok ke kanan pula menuju ke Ayer Keroh. Di simpang tiga ada lampu isyarat, laluan terus menuju ke Pusat Bandaraya Melaka, Bandar Hilir dan Alor Gajah manakala belok ke kiri pula menuju ke Bukit Serindit dan Bukit Cina. Minit 7:48 saat : Stesen Minyak Petronas Bukit Baru. Berhadapan di Bangunan Mr D.I.Y Express cawangan Bukit Baru, ada simpang empat lampu isyarat. Laluan terus menuju ke Masjid Al-Azim. Diikuti belok ke kanan menuju ke Hospital Melaka manakala belok ke kiri pula menuju ke Pusat Bandaraya Melaka, Bandar Hilir, Alor Gajah, Merlimau, Muar (Johor) dan Lebuhraya Utara Selatan E2. Minit 9:35 saat : Tempat Letak Kereta Bertingkat Hospital Melaka. Berhampiran Hospital Melaka dan berhadapan Masjid Al-Azim, ada susur masuk simpang empat lampu isyarat di bawah jejambat. Laluan terus melalui di bawah jejambat menuju ke Pusat Bandaraya Melaka, Bandar Hilir, Taman Rempah, Melaka River Cruise dan Menara Taming Sari melalui Jalan Taming Sari. Diikuti susur masuk ke kiri menuju ke Masjid Al-Azim, Jasin, Merlimau dan Muar (Johor) melalui Lebuhraya Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin (AMJ) iaitu Laluan Persekutuan 5 arah selatan manakala susur masuk ke kanan pula menuju ke Alor Gajah, Tampin, Seremban dan Melaka Sentral melalui Lebuhraya Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin (AMJ) iaitu Laluan Persekutuan 19 arah utara. Di simpang susur ke kiri menuju ke Hospital Melaka. Minit 11:35 saat : Lobby Utama Hospital Melaka. Setakat itu saja komen daripada saya. Sekian
@jokosuyanto8865
2 ай бұрын
Bang waktu pagi pas sarapan nasi lemak bang😂
@zmnznl5587
2 ай бұрын
Kang nama jalan tu sebenarnye jalan permatang duyung...👌
Пікірлер: 5