Selepas dari Tok Aman Bali Resort, ada simpang empat. Laluan terus menuju ke Pasir Puteh. Diikuti belok ke kanan menuju ke Tok Bali dan Bachok manakala belok ke kiri pula menuju ke Kuala Besut (Terengganu). Di simpang tiga, laluan terus menuju ke Tok Bali dan Bachok manakala belok ke kiri pula menuju ke Cherang Ruku dan Pasir Puteh. Berhampiran Jambatan Tok Bali, ada papan tanda simpang menuju ke Pasir Puteh iaitu 500 meter. Minit 3:20 saat : Jambatan Tok Bali. Selepas dari Jambatan Tok Bali, ada simpang tiga. Laluan terus menuju ke Bachok dan Melawi manakala belok ke kiri pula menuju ke Gong Kulim dan Pasir Puteh. Di Laluan D10, ada simpang tiga. Belok ke kanan menuju ke Melawi manakala belok ke kiri pula menuju ke Bachok dan Kota Bharu serta menuju ke Pantai Irama melalui Laluan D5. Selepas dari simpang tiga, ada papan tanda jarak antaranya Jelawat iaitu 3 kilometer, Bachok iaitu 4 kilometer dan Gunong pula iaitu 8 kilometer adalah Laluan D10 iaitu Jalan Kota Bharu - Bachok. Papan tanda penunjuk arah belok ke kanan menuju ke Jalan Alternatif Kota Bharu, Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan Bachok. Satu lagi papan tanda penunjuk arah belok ke kanan menuju ke Bandar Bachok dan Pantai Irama iaitu Laluan D5. Minit 8:45 saat : Medan Selera Pantai Irama, Bachok. Minit 9:25 saat : Bandar Bachok. Minit 10:00 saat : Pasar Siti Zainab, Bachok. Minit 10:45 saat : Simpang empat lampu isyarat di Kampung Pulau Melaka dan bersebelahan pembinaan jejambat yang baru. Minit 11:18 saat : Stesen Minyak Petronas di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu. Di hadapan Masjid Al Naim, ada simpang empat lampu isyarat. Laluan terus menuju ke Pusat Bandar Kota Bharu. Diikuti belok ke kiri menuju ke Pasar Besar Siti Khadijah, Hospital Kota Bharu, Istana Jahar dan Masjid Muhammadi melalui Laluan D2 iaitu Jalan Tok Guru manakala belok ke kanan pula menuju ke Wakaf Mek Zainab dan Pantai Cahaya Bulan melalui Laluan Persekutuan 223 iaitu Jalan Pantai Cahaya Bulan. Minit 12:18 saat : Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu. Setakat itu saja komen daripada saya. Sekian
Пікірлер: 4