Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Menteri Komunikasi Malaysia, YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, pihak Bernama, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Suruhanjaya Tinggi Malaysia di UK, Pengerusi Education Hall di London, pihak Kedutaan Malaysia di London, persatuan komuniti Islam di London, dan seluruh rakyat Malaysia yang telah memberikan sokongan, bantuan, dan sumbangan kepada keluarga allahyarhamah Fiza Kamarudin.
Berdasarkan perkembangan terkini yang dikongsikan oleh suami allahyarhamah Fiza Kamarudin, Encik Roshdi Ramli pada 3 Januari 2024, sijil kematian allahyarhamah Fiza Kamarudin telah diterima daripada pihak hospital. Kini, beliau sedang dalam proses untuk menguruskan segala keperluan yang diperlukan untuk penerbangan pulang ke Malaysia.
Kami mengucapkan terima kasih atas segala doa dan sokongan dari semua pihak. Mari kita bersama-sama teruskan berdoa agar perjalanan pulang mereka berjalan dengan lancar.
Негізгі бет Ойын-сауық Perjalanan Pulang Fiza Kamarudin: Terima Kasih Malaysia atas Sokongan Luar Biasa
Пікірлер: 1