SUNGAI UDANG, 19 Ogos - Disarungkan beret hijau di kepala dan dianugerahkan pisau komando antara kenangan tidak dapat dilupakan bagi 78 orang pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) selepas mereka menamatkan latihan asas komando, sekali gus bergelar warga Grup Gerak Khas (GGK).
19 pegawai dan 59 anggota daripada pelbagai kor dalam TDM ini turut berasa puas kerana mampu membuktikan mereka layak bergelar warga GGK selepas melepasi latihan asas selama 12 minggu.
Berita penuh : www.airtimes.m...
#GGK #melaka #komando #sungaiudang #TDM #airtimes
Негізгі бет #Pertahanan
Пікірлер: 27