Saya bersama sukarelawan Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Bahagian Raub rasa teruja dapat menyertai Program Penanaman Pokok Hutan di Hutan Simpan Kekal (HSL) Batu Talam hari ini.
Rasa teruja kerana berkesempatan menyumbang dalam usaha memulihkan kembali ekosistem hutan dan kelestarian alam di HSK Batu Talam yang telah diteroka secara haram untuk penanaman durian musang king.
Aktiviti pemulihan ini amat penting kerana HSK Batu Talam telah diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air pada tahun 2002 dan lokalitinya menjadi punca air kepada sungai-sungai yang mengalir ke Sungai Pahang antaranya melalui Sg Sempam, Sg Liang dan Sg Lipis.
Justeru, amat wajarlah HSK Batu Talam ini dipulihkan kembali ke habitat asalnya demi memastikan ia mampu berperanan sebagai Hutan Tadahan Air sekali gus memberi manfaat jangka panjang untuk masyarakat Raub khususnya dan rakyat Pahang amnya.
Alhmdulillah, hari ini lebih 2,000 pokok berjaya ditanam oleh NGO-NGO dari seluruh Pahang dan Malaysia yang menyertai program ini.
#majlistindakansosialpahang
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
_________________________________________________________________________
Social Media:
Instagram : / fadzli.ar
Facebook : / fadzli-kamal. .
KZitem : / fadzliar
_________________________________________________________________________
We are all now connected by the internet;
like neuron in a giant brain.
_________________________________________________________________________
I am Fadzli Mohamad Kamal, the President of Kelab Anak Raub, Pahang.
This page is mainly to interact with Raubian, also communities in Pahang and worldwide as a whole.
For business enquiries, do contact me at fadzliar80@gmail.com.
Негізгі бет PROGRAM TANAM 5 JUTA POKOK DI HUTAN SIMPAN BATU TALAM, RAUB
Пікірлер: 8