🌻Kpg Sibakar, Padawan🌻
🗓 26.9.2020, Sabtu
Another hidden gem in Padawan Puncak Borneo proudly made in SARAWAK. Red River Trekking ft Sibakar Hike.
Minggu ini aktiviti lasak bertukar angin ke 'River Trekking'. Lain tempat lain pengalaman dan tahap extreme pun berlaianan.Perjalanan dari Samarahan ke Kpg Sibakar, Padawan mengambil masa 1jam 30min sejauh 43km.
Sesampainya kami di Kpg Sibakar perlu mendaftarkan nama di ketua kpg dan disajikan sarapan pagi oleh guider (En Marin). Kemudian kmi memulakan perjalanan dari menuruni ladang getah, kebun dan kemudian pendakian dimulakan.
Trail yang agak mencabar, tidak sesuai untuk
'beginners' kerana permukaan tanah yang sangat tidak sekata. Pendek kata curam curam curam landai curam. Sepanjai pendakian melibatkn aktiviti berenang dan melalui anak sungai yang agak mencabar kerana arus air yang sedikit deras.
Waluapun agak lelah, namun kami disajikan oleh keindahan banjaran gunung yang memisahkan Sarawak dan Kalimantan Barat. Keindahan alam dan keunikan dapat disaksikan disini.
Pendakian kami ditemani oleh pacat, anak ular, tapak kaki babi hutan, anjing (Ayya) dan serangga yg meriuhkan suasana pendakian.
Sibakar, a place like no other. Experience it yourself. Untuk booking slot dan keterangan lanjut korang bolehla contact guider Uncle Marine Marino 012-858 7237.
Негізгі бет Red River Trekking + Sibakar Hike, Padawan. (Kampung Sibakar) SARAWAK
Пікірлер