Resepi AYAM GEPREK yang sangat sedap dan mudah!
Bahan bahan untuk perap ayam :
4 ketul paha ayam dibuang tulang
(boleh juga guna bahagian lain @ dengan tulang - sesuai selera)
5 biji bawang putih ditumbuk halus
2 sudu besar serbuk ketumbar
½ cawan tepung bestari
½ cawan air
Bahan bahan untuk Sambal Geprek :
5 @ 6 tangkai cili api @ cili Vietnam
3 tangkai cili merah besar
5 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
2 sudu kecil serbuk perasa @ msg @ cukup rasa
2 sudu kecil gula merah @ gula aren
1. Gaul sebati dan perap bahan bahan untuk perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit ( lebih lama lebih sedap)
2. Dah selesai perap, ambil ayam satu persatu dan masukkan kedalam bekas berisi 2 cawan tepung bestari.Gaul rata sehingga berpalit sempurna.
3. Masukkan ke dalam minyak yang banyak dan panas ( deep fried), masak sehingga garing diluar kemudian toskan minyaknya.
4. Goreng juga kepingan tempe dan tauhu.
5. Patah patahkan cili (untuk elakkan cili meletup semasa digoreng) dan kemudian goreng cili dan bawang putih didalam minyak sehingga garing dan lembut.
6. Pindahkan ke dalam bekas ulek @ lesung kemudian masukkan juga sedikit garam, serbuk cukup rasa dan gula merah.Ulek @ tumbuk sehingga lumat dan sebati.
7. Dah lumat, masukkan sedikit minyak gorengan tadi yang masih panas untuk mengilatkan dan mencantikkan warna sambal.
8. Masukkan ayam goreng dan geprek @ penyetkan menggunakan ulu sambil meratakan sambal diatasnya.Sedia dimakan bersama nasi putih, ulam ulaman dan sup.
Selamat mencuba.
Nota : Gula merah @ gula putih akan mengurangkan rasa pedas pada sambal disamping mencantikkan warna sambal, Insyaallah hidangan ini tidak terlalu pedas kerana kak jm juga memasukkan cili merah besar yang kurang pedas ( kebanyakan sambal geprek menggunakan sepenuhnya cili rawit @ cili api)
• Resepi AYAM GEPREK yan...
#AyamGeprek
#AyamPenyet
#ResepiAyamGeprek
#JomMasak
Негізгі бет Resepi AYAM GEPREK yang sangat sedap dan mudah!
Пікірлер: 155