resepi kek coklat kukus moist yang mudah dan sedap.
Hi semua, kali ini resepi kek coklat kukus yang mudah, cepat dan hanya menggunakan blender/ pengisar. Selain mudah dan cepat, resepi kek coklat ni sungguh lembut dan rasanya yang memang sedap. Samada dimakan semasa masih panas atau setelah sejuk tetap menyelerakan walaupun dimakan begitu sahaja tanpa topping di permukaannya.
0:00 Resepi kek coklat
0:30 Cara buat kek coklat moist
3:20 Hasilnya kek coklat yang sangat Sedap.
Bahan-bahan resepi kek coklat kukus gebu dan moist:
3 biji telur A
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
Cara-cara :
1. Kisar semua bahan sehingga sebati kecuali tepung gandum, soda dan baking powder.
2. Kemudian tuang ke dalam mangkuk dan masukan tepung gandum, soda dan baking powder. Whisk sebati semua bahan sehingga rata.
3. Sediakan loyang 8"x3"x3", dan oles dengan minyak jangung dan dialas dengan baking paper.
4. Tuang adunan ke dalam loyang dan setelah pengukus panas kukus dengan api sederhana kuat lebih kurang 40 minit atau sehingga masak.
Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE KZitem kami :
/ malaykitchen
Laman web rasmi MALAY kitchen:
malaykitchen.my
Telegram MALAY kitchen :
t.me/malaykitchen
Tiktok MALAY kitchen :
/ malaykitchen
Muzik oleh : Ikson
/ ikson
#malaykitchen #resepikekcoklat #kekcoklatkukus
Негізгі бет Ойын-сауық resepi kek coklat Kukus Moist | Mudah dan Sedap. Mesti jadi
Пікірлер: 45