#LensaFINAS
#RetroSpektifSinema
FINAS mempersembahkan program 'Retrospektif' dengan tayangan eksklusif dokumentari ‘FOKAS KE SARAWAK (1976)' terbitan Filem Negara Malaysia (kini FINAS) yang memaparkan suasana meriah sambutan Hari Kebangsaan 1976 di Sarawak, yang menjadi lebih istimewa dengan kehadiran Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-6, al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim. Pelbagai aktiviti diadakan untuk meraikan perayaan ini, termasuk sukan lumba jalan kaki, pertandingan wau, pesta air, lumba basikal, pertunjukan kebudayaan, pameran Statik Angkatan Tentera, serta pertandingan Ratu Cantik. Kemuncak acara sambutan adalah pertandingan perahu berhias yang turut disaksikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sendiri, menambah makna kepada sambutan bersejarah ini. Tonton dokumentari ini secara eksklusif hanya di KZitem FINAS Malaysia pada 30 Ogos 2024 (Jumaat) jam 9.00 malam. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di • RETROSPEKTIF : FOKAS K...
Filem Kita, Citra Kita
#FilemKitaCitraKita
#FINASMalaysia
#MalaysiaMADANI
#KementerianKomunikasi
#Harikebangsaan2024
#Jiwamerdeka
Негізгі бет RETROSPEKTIF : FOKAS KE SARAWAK (1976)
Пікірлер: 14