#LensaFINAS
#RetrospektifSinema
FINAS mempersembahkan tayangan eksklusif filem dokumentari klasik, 'Mandi Safar' (1962) arahan Allahyarham Mohd Zain Hussain terbitan Malayan Film Unit yang mendokumentasikan Temasya Mandi Safar sebagai satu perayaan orang Melayu yang diadakan setiap tahun apabila tiba bulan Safar iaitu bulan kedua di dalam kalendar Islam di tepi pantai. Dalam pertembungan kepercayaan dan adat mengenai nasib, temasya ini juga memperlihatkan sosio
budaya masyarakat dari pelbagai latar yang bersama-sama meraikannya untuk jalinan interaksi, persaudaraan dan perhubungan. Filem ini telah dicalonkan (In Competition) mewakili Malaya di pelbagai festival filem antarabangsa termasuklah 2nd International Agricultural Film Competition di Berlin, 4th International Festival Of Sociological And Ethnographic Documentary Films, Florence (1962) dan 12th Melbourne International Film Festival, Australia (1963).
Melalui strategi pembangunan khazanah kandungan warisan audiovisual negara melalui teknologi restorasi dan preservasi digital, FINAS melalui Bahagian Makmal telah menaiktaraf kualiti video dan audio
filem ‘Mandi Safar’ ini dengan menggunakan aplikasi Diamant dan Da Vinci Resolve 16 yang mana telah menjalani beberapa proses restorasi digital di antaranya ialah, dirt removal, sharpness improvement, brightness and contrast adjustment
● Filem ini adalah hakcipta sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan dilindungi dengan perundangan berkuatkuasa. Sebarang aktiviti muatnaik tanpa kebenaran pihak FINAS adalah satu kesalahan.
● Tayangan Filem Dokumentari Klasik, 'Mandi Safar' (1962) ini adalah bagi tujuan pendidikan dan bukan komersil**
● Semua hak cipta penerbitan ini adalah terpelihara. Sebarang muat turun, pindahan dan suntingan semula dengan tujuan penyiaran tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan**
Ayuh tonton filem bersejarah ini secara eksklusif di slot 'Retrospektif' saluran KZitem FINAS Malaysia pada 16 Oktober 2020 (Jumaat) jam 9.00 malam. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di / finasmalaysiamy
Негізгі бет RETROSPEKTIF : 'SAFAR' (1962)
Пікірлер: 462