Tahukah anda?
Terdapat sesetengah kenderaan yang dibenarkan untuk memohon pengurangan atau pengecualian pembayaran Lesen Kenderaan Motor (roadtax) oleh pihak berkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Sekiranya anda memenuhi syarat serta keperluan yang dikehendaki, maka anda layak untuk membuat permohonan bagi pengecualian atau pengurangan tersebut.
Permohonan pengurangan kadar roadtax untuk kenderaan klasik/vintaj
Orang awam dibenarkan untuk memohon pengkelasan kenderaan klasik vintaj bagi tujuan pengurangan bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) seperti Arahan Jabatan Bilangan 13/ 2000 (Pindaan 1/2002), Prosedur Permohonan untuk Mendapatkan Status Motokar Vintaj / Klasik Bagi Tujuan Pengurangan Bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM).
Jenis permohonan kenderaan tersebut mengikut tahun pembuatan
Kereta Vintaj - 50 tahun dikategorikan kenderaan vintaj (pengecualian LKM 90%)
Kereta Klasik - 25 tahun dikategorikan sebagai kenderaan klasik (pengecualian LKM 80%)
Syarat-syarat permohonan
Permohonan perlu dihantar terus kepada JPJ negeri berserta lampiran dokumen yang berikut:
Salinan kad pendaftaran kenderaan (serta yang asal)
Surat pendaftaran kenderaan pemilik selain dari kenderaan yang hendak dipohon
Salinan kad pengenalan pemilik/pemohon
Minima 4 keping gambar kenderaan dari pandangan depan, belakang, sisi dan bahagian ‘steering/dashboard’
Sijil motokar vintaj/klasik dari kelab yang diiktiraf
Laporan pemeriksaan JPJ Negeri
Permohonan untuk kelayakan pengurangan kadar roadtax akan diproses di Ibu Pejabat. Bagi sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi 0388866400 / 0388889645.
Pengurangan kadar roadtax bagi NGO/Lembaga
Selain kenderaan vintaj dan klasik, kenderaan yang digunakan untuk NGO atau Lembaga juga layak mendapat pengurangan/ pengecualian roadtax.
Jenis-jenis pertubuhan yang layak memohon
Pertubuhan kebajikan yang memberi khidmat kebajikan kepada masyarakat secara rasmi
Pertubuhan yang mempunyai perhubungan rapat dengan kepentingan kerajaan
Pertubuhan keagamaan
Syarikat yang menggunakan kenderaan di dalam kawasan operasi yang terhad seperti di ladang
Kebajikan yang memiliki kenderaan mayat
Perpustakaan Awam Kebangsaan / negeri yang memiliki kenderaan yang digunakan sebagai perpustakaan bergerak
Prosedur membuat pengecualian roadtax
Sama seperti permohonan untuk pengecualian roadtax bagi kenderaan vintaj dan klasik, anda perlu membuat permohonan dengan menghantar terus dokumen yang diperlukan kepada JPJ negeri
Senarai dokumen yang diperlukan untuk pengecualian roadtax
2 borang JPJ K14
Salinan Perakuan Pendaftaran Kenderaan bagi setiap kenderaan yang dipohon
Salinan Perakuan Perlembagaan dan Perakuan Pendaftaran Pertubuhan
3 keping gambar kenderaan dari pandangan depan, belakang, sisi kenderaan
Salinan perjanjian bertulis antara pemohon dengan kerajaan bagi pertubuhan antarabangsa (jika berkenaan)
Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai prosedur untuk memohon pengurangan atau pengecualian bayaran roadtax, anda boleh lawati laman web rasmi JPJ.
Негізгі бет Roadtax Percuma
Пікірлер: 130