Bismillah itu mula karangan gurindam bayu nama timangan kisah rencana dagangan buangan nestapa lara di gunung larangan Di gunung larangan asmara guna menyamar jadi papa kelana segenap desa pantai saujana membawa nasib tiada berguna Membawa nasib untung sendiri meninggalkan rumah anak isteri masuk segenap desa dan negeri seperti orang hendak mencari Seperti burung lepas tangkapan terbangnya tiada lagi hinggap hinggapan bunga dan buah tiada dimakan daripada bagas kemasygulan Sebut namaku dagang asmara tiada tentu desa negara bercerai dengan sanak saudara membawa nasib untung ketara namaku Misa Panji Larangan dari kecil timang-timangan sudah sekarang buang-buangan di negeri orang keseorangan.
@NaufalSallehin
7 жыл бұрын
Ma Sha Allah merdunya.. Boleh kah saya dapat instrumental atau minus one nya?
@ronnyiswan178
3 жыл бұрын
MashaAllah terkesan dalam diri mendengarkannya..
@niellodil
Жыл бұрын
Masya Allah ! Lunaknya bahasa dan suara
@irmanhifni5626
4 жыл бұрын
Syair Brunei 😍
@irmanhifni5626
3 жыл бұрын
Syair ini ditulis pada dalam era 1800 oleh Pengiran Shahbandar Pengiran Md Salleh. Kesemuanya ada dalam 175 rangkap, menggambarkan sejarah dan politik zaman tersebut. Biasanya dibawakan dengan irama 'berunggai lanjar'.
@ramadhansyahputra9031
3 жыл бұрын
Arti dr syair ini apa ya?
@mohdamirunnabil204
3 жыл бұрын
@@ramadhansyahputra9031 politik di negeri Sarawak. semasa kedatangan James Brooke (British), pemerintah dibuang negeri kerana menentang Brooke. ada yg terpaksa angkur dengan perintah Brooke. syair ini untuk membangkitkan semangat rakyat Brunei, Sarawak untuk bangkit menentang British yang menggerakkan Kristianisasi. Wallahu a'lam. Saya berasal dari Sarikei, Sarawak.
@basriabdillah7637
6 ай бұрын
@@irmanhifni5626Tepat sekali. Pada awal sejarah kedatangan James Brooke di Sarawak, tokoh Pengiran Syahbandar ini juga dikenal dgn nama Pengiran Mahkota. Di Brunei, almarhum juga dikenal dgn nama Pengiran Sarmayuda. Syair rakis yg almarhum karangkan ini bebas dibawa dlm apa pun irama syair selain drp irama asalnya "berunggai lanjar" dlm ruang lingkup sosial asli Brunei Darussalam. Seperti dlm video ini, tiada masalah jika Syair Rakis dikumandangkan dlm Irama Sarawak atau Irama Narasi. Namun, sedikit aneh, janggal & tidak tulen didengar ketika lafaz sebutan syair ini didendangkan. Bahasa pengucapannya seharusnya mengekalkan lafaz sebutan asli bahasa Melayu Brunei yg persis Bahasa Melayu baku, bukan mengikut lafaz sebutan bahasa Melayu ragam Johor-Riau.
@norazhanaripin
3 жыл бұрын
Merdu sungguh
@ismailusup4831
3 жыл бұрын
Sastera melayu moden yg pertama
@mahligaisyairgulung3703
3 жыл бұрын
Bolehlah saye ikut lagu sya'irnya ya tok madun........?
Пікірлер: 14