Tarikh : 16 Mei 2024
Masa : 07.30 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Medan Budaya SMKPTLDM
PENGENALAN ;
Sambutan Hari Guru merupakan sambutan yang diadakan bagi meraikan guru-guru yang banyak berjasa di dalam bidang pendidikan. Ia merupakan program tahunan yang dijalankan pada Bulan Mei bertujuan untuk mengeratkan silatur rahim. Di sekolah, guru berperanan memberi tunjuk ajar sebagai ibu bapa kerana guru bukan setakat mengajar mata pelajaran, bahkan membangunkan sahsiah dan disiplin murid.
Melalui aktiviti Sambutan Hari Guru, murid dapat berinteraksi dengan guru selaku mentor mereka secara santai tetapi penuh penghayatan dan pengajaran di sebalik aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, murid menyerlahkan aktiviti dan kreativiti masing-masing untuk menghiburkan guru-guru sekaligus menceriakan Sambutan Hari Guru. Semoga aktiviti yang akan dijalankan memberi erti yang signifikan dalam catatan diari kehidupan seorang guru .
OBJEKTIF :
Sambutan Hari Guru ini bertujuan mencapai objektif berikut:
1. Dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru dan AKP SMK Pangkalan TLDM.
2. Dapat meraikan guru-guru dalam majlis Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah.
3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru, AKP dan murid-murid SMK Pangkalan TLDM.
4. Mewujudkan sikap kerjasama antara guru dan AKP serta murid-murid
Негізгі бет SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH I 16 MEI 2024
Пікірлер