SANDWICH SARDIN MAYO | SIMPLE DAN MUDAH | RESEPI TIDAK PERLU MASAK
(RESEPI INI DIANGGARKAN AKAN MENDAPAT SEBANYAK 6 UNIT SANDWICH YANG DIAPIT DUA ROTI TANPA DIBELAH)
Bahan - Bahan :
1. Sardin dalam tin (pilih siap dimasak) - 250gram
2. Satu buku roti putih - 12 keping
3. Bawang besar - 1 biji
4. Daun bawang - 3 tangkai
5. Cili hidup merah - 1 tangkai
6. Tomato - 2 Biji
7. Salad - secukupnya
8. Sos cili - 1 sudu besar
9. Sos tiram - 1 sudu besar
10. Mayonis - 50 gram
11. Limau Nipis @ Limau Kasturi @ Lemon
12. Serbuk lada berperisa - 1 sudu teh
Cara - cara penyediaan :
Bersihkan ikan sardin (buang semua sos dalam tin) dan rendam sardin seketika dalam air panas. Kemudian tos kan. (Tujuan untuk membilas sardin yang lama di dalam tin.)
Potong kecil bawang besar, daun bawang, dan cili hidup merah. Gabung dan asingkan dalam satu mangkuk.
Hiris tomato dan kupas salad menjadi satu-satu. Asingkan dalam pinggan lain.
Dalam satu mangkuk besar, masukkan sardin yang telah di tos tadi, semua bahan potongan kecil iaitu bawang besar, daun bawang dan cili hidup merah ke dalam satu mangkuk.
Masukkan pula sos cili, sos tiram, mayonis, serbuk lada berperisa, dan limau nipis.
Gaul rata semua bahan dan ketepikan isi sandwich ini.
Letakkan roti putih dan sapu isi sandwich, hirisan tomato, dan salad. Kemudian tutup semula dengan roti putih.
Terpulang korang nak potong sandwich bentuk ikut kesukaan korang. Macam saya, saya suka potong bentuk X. Sandwich terbentuk ala-ala sandwich club HAHA.
Sedia untuk dihidang.
Resepi ini sangat mudah dan tidak perlu dimasak. Memang jimat masa kita kat dapur. Kalau waktu terdesak seperti gas memasak habis, atau travel di tempat yang tiada disediakan ruang dapur. Boleh guna alternatif resepi ini. Sandwich ini memang sesuai sangat untuk dijadikan menu sarapan, minum petang, berkelah, atau dijadikan menu potluck. Bye korang, semoga resepi ini bermanfaat buat semua...
Негізгі бет SANDWICH SARDIN MAYO | SIMPLE DAN MUDAH | RESEPI TIDAK PERLU MASAK | CEPAT DAN JIMAT
Пікірлер: 8