Percaya atau tidak, kemusnahan alam sekitar dan tangkapan secara tidak terkawal adalah dua faktor utama menyumbang kepada kepupusan 'Raja Sungai' iaitu spesis ikan kelah. Atau dalam erti kata lainnya, walau apapun alasan yang diberikan, sedikit sebanyak kita sebagai pemancing merupakan penyumbang kepada kepupusan ikan kelah hari ini.
Menyedari ancaman yang semakin hari semakin teruk keatas spesis ikan ini, Lembaga Pembangunan Terengganu Tengah (KETENGAH) membangunkan tempat perlindungan dikenali sebagai Santuari Ikan Kelah (SIK) di Sungai Petang yang terletak dalam kawasan Tasik Kenyir.
Mula diusahakan pada Januari 2006, santuari ini kemudiannya dibuka kepada orang ramai pada 15 Oktober 2008 untuk memberi peluang kepada masyarakat melihat sendiri habitat ikan kelah ini.
Bagaimanapun, santuari ini ditutup pada setiap musim tengkujuh iaitu November hingga Februari setiap tahun demi keselamatan pengunjung kerana sepanjang tempoh itu paras air sungai meningkat dan boleh berlaku banjir. Selain itu, inilah juga musim untuk ikan ini berenang menongkah arus ke muara sungai dan bertelur.
SIK Sungai Petang terletak di Sungai Petang dengan jarak sekitar 21 kilometer dari Pengkalan Gawi. Menaiki bot laju ia memakan masa sekitar 40 minit perjalanan ke Pos Kawalan Santuari Kelah Sungai Petang, seterusnya anda akan dibawa ke Hentian1. Dari Hentian 1 anda akan merentas denai dan meniti jambatang gantung dengan jarak sekitar 1,7 kilometer sebelum tiba ke lubuk untuk menimba pengalaman yang tak ternilah bermain dengan spesis ikan idaman para pemancing satu Malaysia ini.
Meskipun orang ramai boleh mengunjung santuari ini dan merasai sendiri pengalaman bermesra dengan ribuan kelah yang ada tetapi mereka dilarang sama sekali daripada menangkap atau memancing ikan itu. Perlu diingatkan, semua ikan kelah di santuari ini dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Perikanan 1985, Kaedah-Kaedah Perikanan Darat Terengganu 1988 (Kaedah 21).
Dalam masa yang sama, demi menjaga kebajikan ikan di santuari itu, ia hanya dibuka untuk kunjungan 100 pengunjung sahaja pada satu hari. Kouta 80 orang diberikan untuk pengunjung yang membuat tempahan awal dan selebihnya untuk pengunjung yang datang tanpa membuat tempahan.
Diharapkan penonton dapat manfaat dari video ini. Jangan lupa SUBSCRIBE Channel Addashuk untuk lebih maklumat-maklumat dimasa akan datang. Jangan lupa klik tombol loceng untuk mengaktifkan notifikasi untuk video yang akan di Upload.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Believe it or not, environmental destruction and uncontrolled capture are the two main factors contributing to the extinction of the ‘King of the River’ i.e. the kelah fish species. Or in other words, whatever the reason given, few of us as anglers are contributing to the extinction of kelah fish today.
Realizing the increasing threat to this fish species, the Central Terengganu Development Authority (KETENGAH) has developed a shelter known as the Kelah Fish Sanctuary (Kelah Fish Sanctuary - SIK) in Sungai Petang which is located in the Kenyir Lake area.
Started in January 2006, the sanctuary was then opened to the public on 15 October 2008 to give the community the opportunity to see for themselves the habitat of this kelah fish.
However, the sanctuary is closed during the monsoon season from November to February each year for the safety of visitors because during that period the river water level rises and floods can occur. In addition, this is also the season for these fish to swim against the current to the estuary and lay eggs.
SIK Sungai Petang is located in Sungai Petang with a distance of about 21 kilometers from Pengkalan Gawi. By speedboat it takes about 40 minutes to travel to the Kelah Sungai Petang Sanctuary Control Post, then you will be taken to Stop1. From Stop 1 you will cross the trail and climb the suspension bridge with a distance of about 1.7 kilometers before reaching the bottom to gain the unparalleled experience of playing with the dream fish species of Malaysian anglers.
Although people can visit this sanctuary and experience for themselves the experience of making friends with the thousands of kelah available but they are strictly prohibited from catching or fishing the fish. It should be noted, all kelah fish in this sanctuary are fully protected under the Fisheries Act 1985, Terengganu Inland Fisheries Rules 1988 (Rule 21).
At the same time, in order to take care of the welfare of the fish in the sanctuary, it is only open for 100 visitors in one day. Kouta 80 people is given for visitors who make an early booking and the rest for visitors who come without making a booking.
Hopefully viewers can benefit from this video. Don't forget to SUBSCRIBE Channel Addashuk for more information in the future. Don't forget to click the bell button to enable notifications for videos to be uploaded.
Негізгі бет SANTUARI IKAN KELAH ( KELAH FISH SANTUARY ) SUNGAI PETANG, TASIK KENYIR TERENGGANU
Пікірлер: 35