Assalamualaikum..Apa khabar? Saya doakan anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat disamping keluarga dan aktiviti serta rutin harian.
2 minggu berehat terasa macam mau sakit. Alhamdulillah hari ini berpeluang lagi turun 𝙟𝙞𝙜𝙜𝙞𝙣𝙜 bersama rakan rakan sehobi, seperti biasa Kapten Pawang dan juga Saudara Yun yang sekian lama berehat akhirnya 𝙘𝙤𝙢𝙚𝙗𝙖𝙘𝙠 pada trip kali ini.
Cuaca amat cantik pada hari ini, namun fenomena air kabut atau keruh tiba tiba melanda perairan yang kami terokai (spot lama dan spot 𝙚𝙭𝙥𝙡𝙤𝙧𝙚). Kami kurang mendapat sambaran sambaran ikan disebabkan oleh banyaknya plankton yang menjadi makanan ikan dan juga 𝙫𝙞𝙨𝙞𝙗𝙞𝙡𝙞𝙩𝙮 ikan untuk melihat jig adalah terbatas kerana tahap kekeruhan air yang tinggi.
Bermacam macam teknik dilakukan, baik 𝙘𝙖𝙨𝙩, 𝙨𝙡𝙤𝙬, 𝙥𝙞𝙩𝙘𝙝 dan dengan kombinasi warna warna jig yang bersesuaian dan 𝙘𝙤𝙣𝙩𝙧𝙖𝙨𝙩 dengan warna air laut, alhamdulillah kami berhasil juga mendaratkan beberapa ekor ikan, antaranya Kerapu Sunu, Kerapu dan GT
Ikuti aksi aksi yang sempat saya rakamkan. Kepada yang baru bergabung dengan @Umpan Besi Channel selamat datang dan semoga terhibur saya ucapkan. Bantu saya dengan View, Like, Comment, Sub dan Share video dan channel ini. Semoga dengan adanya komen komen dari anda semua dapatlah saya memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan channel ini, disamping menjadi motivasi kepada saya untuk memuat naik video video yang lebih berkualiti di masa hadapan.
Saya juga menjemput anda semua untuk bergabung dengan Umpan Besi Channel di Facebook Page UBC & Tiktok (umpanbesichannel)
Jangan lupa
Watch,Like,Comment,Sub & Share ke seluruh dunia :-)
Terima Kasih Sahabat/TQVM
Set 1
Daiwa BG SW 2023 4000D CXH
Storm HJ Light 65MS
Daiwa J Braid #2
FC Sufix #10
Set 2
Daiwa BG SW 2023 6000D H
Zen Zagan ST
Daiwa J Braid #3
FC Sufix #10
Assist Hook:
Nizam Assist Hook 01136880405
Kapten Pawang
Pawang Boat
Lahad Datu Jigsquad Community
Негізгі бет Спорт Sedapnya Perasaan Bila Double Strike GT !
Пікірлер: 17