Faktor kedatangan kuasa barat pada abad ke-16
i) Barangan mewah
- kuasa Barat pada ketika itu berminat untuk mendapatkan bahan seperti rempah-ratus, minyak wangi,emas,perak dan hasil hutan
- Orang Eropah mendapatkan barangan mewah dari China
ii) Pusat pengumpulan barang
- sebagai tukaran, negara China mahukan emas, perak, bijih timah dan lain-lain, barang-barang ini boleh diperoleh di Kepulauan Melayu
- syarikat perdagangan tersebut memerlukan pusat pengumpulan bahan mentah tempatan.
iii) Pelabuhan persinggahan
- Kuasa Barat memerlukan pelabuhan yang sesuai sebagai tempat berlimdung sementara menunggu peralihan angin monsun.
- untuk memudahkan mereka kapal berlabuh, mengisi bekalan air, makanan dan kemudahan membaiki kapal
iv) Agama Kristian
- matlamat penjajahan mereka adalah untuk kekayaan, keagamaan dan kemasyhuran
Kedatangan kuasa barat pada abad ke-17 dan 18
i) Revolusi perindustrian
- Revolusi perindustrian berlaku di Britain pada abad ke 17 manakala negara Eropah lain abad ke 18
- Selepas berlakunya revolusi perindustrian, dasar kuasa Barat berubah corak, mereka perlu mencari pusat perdagangan dan menguasai tanah jajahan yang dapat membekalkan bahan-bahan mentah bagi keperluan kilang perusahaan mereka secara berterusan
- perindustrian ini membolehkan barangan dikeluarkan secara besar-besaran, oleh itu kawasan pasaran yang lebih luas perlu dicari untuk memasarkan barang tersebut supaya keuntungan dapat dimaksimumkan.
Kedatangan kuasa barat pada abad ke-19 dan 20
i) Perkembangan industri kereta
- menambahkan permintaan untuk hasil getah
- hasil getah merupakan bahan penting dalam perusahaan penebat barangan elektrik
ii) Kesuburan tanah dan kekayaan hasil bumi
- Negara kita mempunyai tanah yang luas, subur dan iklim yang sesuai untuk tanaman.
- Negara kita juga kaya dengan hasil bumi seperti bijih timah, bijih besi, emas, petroleum dan arang batu
iii) Industri mengetin
- Pada abad 19 Amerika Syarikat memerlukan penggunaan bijih timah untuk industri mengetin makanan, mengetin minuman, membuat bumbung rumah dan tong minyak
- disebabkan itu harga bijih timah melambung tinggi
- selepas tahun 1840, permintaan bijih timah bertambah dengan pesat
iv) Pembukaan Terusan Suez
- menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah telah mempercepat urusan perdagangan
- perdagangan di antara Alam Melayu dan benua Eropah semakin betambah.
v) Ciptaan Kapal Wap
- Abad 19 kapal wap dicipta
- kapal wap penting untuk membawa muatan yang banyak, perjalanannya lebih cepat dan jimat kos
- penghantaran barang dagangan menjadi semakin mudah dan murah
vi) Persaingan Kuasa Barat
- wujud semangat persaingan kuasa-kuasa Barat dalam kegiatan menakluki kawasan atau wilayan di luar Eropah
- mereka sanggup berperang demi mendapatkan tanah jajahan
- kuasa Barat menganggap semaki luas tanah jajahan, semaki tinggi sanjungan yang diperoleh
vii) Ciptaan Telegraf
- membolehkan ahli perniagaan di benua Eropah dan Amerika menghubungi ejek atau wakil mereka di Tanah Melayu dengan cepat
- penglibatan Tanah Melayu dalam kegiatan pasaran dunia Antarabangsa semakin penting.
viii) Slogan Beban Orang Putih
- Kuasa Barat berhasrat untuk menyebarkan pengaruh dan tamadun mereka ke seberang laut
- hujahan mereka tentang peradaban mereka lebih penting berbanding dengan kebudayaan penduduk yang dijajah bagi merasionalkan penjajahan mereka
- mereka menggunakan slogan “Beban Orang Putih” yang bermaksud tanggungjawab mereka dan tugas mereka adalah untuk membantu dan memberikan kesejahteraan kepada peribumi di wilayah yang dijajah oleh mereka
Негізгі бет SEJARAH TINGKATAN 3 BAB 1. 2 FAKTOR KEDATANGAN KUASA BARAT
No video
Пікірлер: 46