Peluasan Kuasa British di Melaka
Faktor Pakatan British-Belanda
1) Menamatkan pertikaian British dan Belanda berkaitan Singapura
British
- berjaya memajukan Singapura dalam tempoh yang singkat
- bertekad mempertahankan kedudukan di Singapura
- yakin Singapura menajdi pelabuhan bebas dan pankalan tentera
Belanda
- mendakwa Singapura berada di bawah lingkungan pengaruhnya
- menuntut British berundur pengaruhnya
- bimbang kemajuan Singapura menjejaskpedagangan di Betawi, pelabuhan utama Belanda di Alam Melayu
2) Dasar Persahabatan British dan Belanda di Eropah
- persahabatan di Eropah penting krana kedudukan Belanda bedekatan dengan Britain.
- British mengambil pengalaman semasa Perang Napoleon, Perancis menjadikan Belanda sebagai pangkalan menyerang Britain pada tahun 1795
- Belanda perlu bebaik-baik dengan British yang menjaga jajahan Belanda di timur semasa Perang Napoleon
3) Penyelesaian untuk perdamaian
- Belanda dan British mahu mengelakkan peperang yang pernah berlaku pada abad ke 17 dan 18
- Belanda tidak mahu terbeban dengan masalah kewangan yang semakin lemah selepas Perang Napoleon
- penyelesaian mesti dilakukan melalui rundingan ke arah perdamaian
Kesan
i) pakatan British dan Belanda menyebabkan termeterainya Perjanjian London 1824 atau Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
ii) Perjanjian ini bertujuan menamatkan pertikaian dan hubungan tegang antara dua kuasa Eropah tersebut demi menjaga kepentingan masing-masing di Alam Melayu
iii) British dapat menguasai Melaka apabila berlaku pertukaran wilayah antara British dengan Belanda
Негізгі бет SEJARAH TINGKATAN 3 : BAB 2 PENTADBIRAN NNS (PELUASAN KUASA BRITISH DI MELAKA)
No video
Пікірлер: 24