Senangnya nak urukan jenzazah kalau kita tahu caranya. Jenazah bukan untuk ditakuti seperti mana persepsi negatif yang sering menjadi bahan percakapan masyarakat.
Sebaliknya, kata pendakwah popular, Ustaz Kazim Elias, jenazah perlu dikasihi dengan diuruskan secepat pengebumiannya oleh waris terdekat.
Menyedari bahawa kurangnya pendedhan tentang kepentingan penyediaan awal set pengurusan jenazah di setiap rumah, KAF Digital Media (KAF) mula mendapat inspirasi untuk memperluaskan produk jualannya.
Dengan slogan “satu rumah, satu keperluan”, KAF komited memupuk inisiatif masyarakat terutamanya yang beragama Islam supaya menyediakan set kelengkapan pengurusan jenazah di setiap rumah.
Pengeluaran sebanyak 1,500 Set Lengkap Pengurusan Jenazah edisi Datuk Muhammad Kazim Elias bakal berada di pasaran tidak lama llagi. Edisi khas ini menampilkan pendakwah bebas tersebut sebagai jurucakap produk.
#SetLengkapPengurusanJenazah
#SatuRumahSatuKeperluan
#UstazaKazimElias
#KAFdigitalmedia
#FarduKifayah
#KuliahAgama
Негізгі бет “Senangnya uruskan jenazah…” Kuliah ringkas Dato' Ustaz Mohammad Kazim Elias
No video
Пікірлер