Sepetang Di Pantai Hiburan Rompin Pahang
Antara tempat menarik yang boleh dilawati di Kuala Rompin ialah Pantai Hiburan. Pantai ini terletak berhampiran pekan Kuala Rompin sendiri.
Pantai Hiburan ialah pantai awam, terbuka untuk semua pengunjung berbeza dengan Pantai Lanjut yang lebih exclusive untuk penghuni Lanjut Beach & Golf Resort.
Setiap tahun Kuala Rompin menjadi tumpuan pemancing kerana diadakan Royal Pahang Billfish Challenge. Kehadiran ikan layaran yang banyak bila tiba musimnya menjadikan Kuala Rompin sebagai tumpuan para pemancing. Difahamkan, konsep pertandingan adalah 'catch & release'. Sangat bagus untuk memastikan kelestarian spesis ini.
Terdapat beberapa gerai ala pasar malam yang berjualan di sini. Dapat juga kami mengisi perut. Sata yang Ummi beli sangat enak. Terasa manisnya isi ikan di dalamnya seakan sata di Terengganu. Kata Pakcik ni, beliau datang dari Tg Gemok. Selain tu, pau Kak Jie (kalau tak silap namanya) pun sedap untuk dicuba. Inti padat, best! Ada juga Medan Selera jika ada yang ingin menjamu selera. Kami hanya duduk di bangku yang disediakan sambil melihat gelagat para pengunjung. Nampaknya pantai ni sesuai untuk bermandi manda kerana lebih landai. Cuma di musim sekarang tidak digalakkan untuk mandi. Ada juga yang berkhemah. Menarik!
Menjelang Maghrib, Pantai ni mula sunyi. Menurut salah seorang peniaga di sini, sebelah malam takde orang di sini, kecuali mereka yang berkhemah
Pantai Hiburan kami tinggalkan dengan satu memori Indah alhamdulillah.
#pantaihiburan
#rompin
#pantai
Негізгі бет Sepetang Di Pantai Hiburan Rompin Pahang
Пікірлер: 9