#Channel20sen
Jika anda inginkan keseronokan dan kesejukan bermain air terjun tropika, silalah berkunjung ke air terjun Hutan Lipur Kanching, di Rawang Selangor. 30 minit memandu jika anda dari Kuala Lumpur. Hanya 13 km jika anda memandu dari bandar Rawang.
Hutan Lipur Kanching terletak di dalam Hutan Simpan Kanching dan Hutan Simpan Lagong dan merupakan Hutan jenis Dip tero karpa Bukit.
Masuk di hutan lipur ini bayaran dikenakan RM 1.00 untuk dewasa dan RM 0.50 untuk kanak-kanak.
Kemudahan asas tersedia seperti tandas, bilik mandi, bilik persalinan surau dan gerai makanan serta tempat letak kenderaan.
Kawasan riadah ini juga dikenali Hutan lipur Templer dinamakan sempena pentadbir British iaitu Sir Gerald Templer
Kawasan ini kaya dengan keindahan alam semulajadi, terletak sekitar 21 kilometer di utara Kuala Lumpur.
Hutan simpan seluas 1,214 hektar membentuk kawasan hijau bagi penduduk bandar, ia menarik bagi para pencinta alam, jurugambar, dan beriadah.
Dengan persekitaran yang menghijau serta aliran sungai yang sejuk dari gunung menyegarkan bersama air terjun tujuh tingkat, hutan lipur Kanching dianggap sebagai pelarian kepada mereka yang mahukan suasana damai terutama pada hujung minggu.
Lumut lembut menghampari lantai hutan dengan pokok pakis dan dikelilingi pokok matang yang membentuk lelangit hijau.
Terdapat banyak haiwan liar seperti monyet, burung dan pelbagai spesies serangga boleh dijumpai. Hutan ini masih tebal dan orang mampu tersesat sekiranya tidak berhati-hati ketika merentasinya.
Негізгі бет SEPUTAR DI HUTAN LIPUR KANCHING
Пікірлер: 20