Buat peminat saluran KZitem Duriankimchi TV, jangan terlepas episod Melodi hari ini kerana Awal Ashaari akan ditemani Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim dan Maryam You Narae. Terbaharunya, pasangan KZitem popular ini telah berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata pertama mereka.
Paparan menarik lain yang telah disediakan tenaga kerja Melodi minggu ini termasuk:
- Saharul Ridzwan bangkit setelah ditipu
- Ada yang tak senang dengan Aina Abdul?
- Saya tidak sempurna, kongsi Shaheizy Sam
- Siti Nordiana tak kisah dibenci
- Ezlynn sedia bermadu?
- MK K-Clique mahu bekas PA tampil
- Penghargaan FINAS buat seniwati
- Nadia Brian minta jangan dikaitkan lagi dengan bekas suami Muizz Nasruddin
- Risteen & Isa Khan marah
- Neelofa minta maaf tidak memberi contoh yang baik
#Melodi #Melodi2021
Негізгі бет Siti Nordiana tak kisah dibenci | Melodi (2021)
Пікірлер: 39