Bismillah
Anugerah Ramadhan ialah satu karya yang berinspirasikan "Risalah Ramadhan karangan Imam Badiuzzaman Said Nursi serta menyelitkan tafsiran surah al-Qadr serta maksud Hadis Rasulullah SAW tentang puasa yang hakiki
Manakala melodi Anugerah Ramadhan adalah terinspirasi daripada karya kami yang berjudul "Barisan Hadapan".
#AnugerahRamadhan Membawa mesej bahawa Ramadhan merupakan satu bulan indah yang dipenuhi nur, rahmat, nikmat, dan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya kepada kita Umat Islam dan kepada Dunia. Bahkan Ramadhan juga hadir bersama kurniaan dan anugerah-anugerahnya yang tersendiri seperti:
Doa, Zikir, 'Ubudiyyah (Pengabdian) dan Ibadah.
Rububiyyah dan ketaatan.
Sabar, Redha dan Syukur.
Kesatuan Ummah, Mahabbah (kasih-sayang), Ukhuwwah (Persaudaraan), Kekeluargaan dan Prihatin Kemanusiaan.
Keikhlasan dan Tazkiyyatun Nafsi (Penyucian Jiwa) menuju Ketaqwaan.
Anugerah Ramadhan menegaskan bahawa Ramadhan adalah Bulan Al-Quran.
Dan pastinya Anugerah terhebat di dalam Ramadhan ialah Lailatul Qadar yang nilainya melebihi seribu bulan..
Alangkah beruntungnya mereka yang menghidupkan Ramadhan dan keimanan dan pengharapan yang bersungguh-sungguh kepada Allah. Semoga kita dapat menghayati, menikmati dan menghidupkan Ramadhan kali ini sebaik-baiknya kerana tiada kepastian bahawa kita akan menemui kembali Ramadhan yang akan datang.
Ayuh bermuhasabah!
Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan Terbaik kita semua!
Amin...
انوݢره رمضان
رمضان كيني تيبا لاݢي
ممباوا رحمة نور الهي
رمضان نعمة دان انوݢره
ايستيميوا تندا كاسيه الله
رمضان بولن سوچي اينده
ڤداڽ عبادة دان أخوة
ڤداڽ سوبور ڤڠعبدين
ڤداڽ جلس قدرة توهن
برسحور برلاڤر دهاݢ
مڠكڠ نفسو يڠ مراج
سوچي لاهير باطين
برسيه دوسا نودا
منوجو شكور جوݢ تقوى
رمضان منجولڠ القرءان
رمضان سوبور كأخلاصن
رمضان لمبڠ ڤپاتوان
رمضان بكل ڤرجالنن
انوݢره ليلة القدر
سجهترا سهيڠݢ فجر
بهݢيا همبا يڠ صبر
مرا۶يه نعمة يڠ دݢنجر
برسحور برلاڤر دهاݢ
مڠكڠ نفسو يڠ مراج
سوچيكن هاتي يڠ برنودا
منجولڠ فرمان جوݢ سبدا
رمضان ڤستي كن برلالو
رمضان ڤستي كن كمبالي
نامون كيت يڠ بلوم تنتو
ماسيهكه ڽاوا كن برباقي؟
ANUGERAH RAMADHAN
Intro: Doa
Ya Allah!
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun!
Engkau sangat sukakan keampunan...
Maka ampunilah kami...
Ya Allah!
Sesungguhnya kami cintakan Ramadhan
Maka, kurniakanlah Ramadhan berikutnya kepada kami...
Wahai Yang Maha Pengasih!
Verse 1:
Ramadhan kini tiba lagi
Membawa Rahmat Nur Ilahi
Ramadhan nikmat dan anugerah
Istimewa tanda kasih Allah
Chorus 1:
Ramadhan bulan suci indah
Padanya ibadah dan ukhuwwah
Padanya subur pengabdian
Padanya jelas Qudrat Tuhan
Verse 2:
Bersahur berlapar dahaga
Mengekang nafsu yang meraja
Suci lahir batin
Bersih dosa noda
Menuju syukur juga taqwa
Chorus 2:
Ramadhan menjulang Al-Quran
Ramadhan subur keikhlasan
Ramadhan lambang penyatuan
Ramadhan bekal perjalanan
Chorus 3:
Anugerah Lailatul Qadar
Sejahtera sehingga fajar
Bahagia hamba yang sabar
Meraih nikmat yang diganjar
Chorus 4:
Bersahur berlapar dahaga
Mengekang nafsu yang meraja
Sucikan hati yang bernoda
Menjulang firman juga sabda
Chorus 5:
Ramadhan pasti kan berlalu
Ramadhan pasti kan kembali
Namun kita yang belum tentu
Masihkah nyawa kan berbaki?
Penutup: Doa
Ya Allah!
Terimalah Doa kami
Puasa kami dan Solat kami!
Ya Allah!
Jadikanlah puasa kami, puasa yang sejati
Jadikanlah solat kami, solat yang hakiki
Dan sedarkanlah kami, daripada lena kelalaian...
Ya Allah!
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun!
Engkau sangat sukakan keampunan...
Maka ampunilah kami...
Wahai Yang Maha Mulia!
Perkenankanlah...
Wahai Pentadbir sekalian alam!
Lirik : Firdaus Sahiddin, Megat MS, IM Fakhrul
Lagu: Firdaus Sahiddin, Abu 'Affan, Abu 'Aasim
Penerbit: Dr Megat Suhaimi Megat Idrus
Susunan Musik: Alfa Booty Kesuma
Vokal : Soutul Amal
Bacaan Doa: Firdaus Sahiddin
Susunan Vokal: Bard Muffin
Studio: Badrul Hisham Studio
Jururakam: Bard Muffins
Mixing & Mastering: Rumie Booty Kesuma
Penyunting Video: Mohd Najib Mohd Amin
Semakan & Tulisan Jawi: Ustaz Abdul 'Alim Zakaria
Hakcipta: Soutul Amal Records 2020
#RamadhanTerbaik #AllahSayangKita
Pautan Audio: backl.ink/1424...
Penghargaan dan Terima kasih kepada para peminat dan sahabat Soutul Amal dan Soutul Amal FC yang sudi kongsikan video masing-masing untuk dikompilasikan di dalam Video Muzik Rasmi ini.
Antaranya:
Abang Bard Muffins & Syafiq Hit (Drum)
Akhi Zainey Roslan
Along Ramzul Ikbar dan anak-anak
Cikgu Rostam Malek
Boy Amal Yong Peng
Kumpulan Energy: backl.ink/8071225
Kumpulan Ashabul Kahfi: backl.ink/1303...
Ustaz Saifullah dan anak
Amirul Shafiq
Ahli keluarga kami dan sahabat-sahabat lain..
Jazakumullahu Khairan
Негізгі бет Soutul Amal - Anugerah Ramadhan [انوݢره رمضان] (Official Music Video)
No video
Пікірлер: 49