Ikan lampam adalah ikan yang popular dan agak di kenali di Malaysia. Ramai yang minat ikan lampam sebab kelazatan isinya,selain kepuasan memancing lampam,ada juga yang minat ikan ni sebagai ikan hiasan. Tapi,ada berapa spesies ikan lampam kat Malaysia ni?
Spesies lampam tempatan ialah:
Barbonymus schwanefeldii (lampam sungai/lampam biji labu/lampam ekor merah)
Barbonymus collingwoodi (lampam kepiat)
Barbonymus strigatus (lampam sabah/lontong)
Barbonymus balleroides (lampam danum)
Spesies lampam pendatang:
Barbonymus gonionotus (lampam jawa)
Barbonymus altus (lampam siam/lampam kunyit/lampam emas/lampam albino/lampam panda)
Ikan kerai tak tergolong sebagai lampam,kerana kerai berada di bawah genus hypsibarbus. Tapi ada spesies hybrid di antara barbonymus gonionotus (lampam jawa) dan hypsibarbus wetmorei (kerai kunyit) yang dikenali sebagai lamrai.
Jangan lupa subscribe dan share. 👍🏼
Негізгі бет Spesies ikan lampam di Malaysia
Пікірлер: 118