Yang biasa pakai racun Glyphosate, kenapa ada rumput yang mati, dan ada yang tak mati?
1. Jenis-jenis racun Glyphosate dalam pasaran.
Terdapat 2 jenis racun Glyphosate dalam pasaran, iaitu tong hijau & tong biru.
Kedua-duanya racun Glyphosate, berbeza dari segi kepekatan perawis aktif Glyphosate-Isopropyl Ammonium.
Tong hijau: 41.0%
Tong biru: 13.6%
Secara ringkasnya, tong hijau mempunyai kepekatan 3x ganda tinggi berbanding tong biru.
2. Sukatan Racun
Kadar atau sukatan racun yang digunakan mungkin berbeza mengikut jenis kawasan tanaman & jenis rumpai.
1. Kawasan Tanaman
Getah, Sawit, Mangga, Kelapa, Kopi, Teh, Koko dan Kawasan Bukan Untuk Tanaman.
2. Rumpai
a. Lalang (Imperata Cylindrica)
Kadar racun:
60ml Glyposate 41% dicampurkan dengan 10L air bersih.
Untuk campuran tong racun atau penyembur galas 20L, anda memerlukan sejumlah 120ml Glyphosate 41%.
Mengikut kiraan, keluasan tanah 1 hektar atau 2.47 ekar memerlukan sejumlah 6L Glyphosate 41.0% berdasarkan isipadu semburan 1000L.
b. Rumput Pait (Ottochloa nodosa) & Rumput Kerbau (Paspalum conjugatum).
40ml Glyposate 41% dicampurkan dengan 10L air bersih.
Untuk campuran tong racun atau penyembur galas 20L, anda memerlukan sejumlah 80ml Glyphosate 41%.
Mengikut kiraan, keluasan tanah 1 hektar atau 2.47 ekar memerlukan sejumlah 4L Glyphosate 41.0% berdasarkan isipadu semburan 1000L.
3. Mekanisme Tindakan.
Masih ingat tak?
Glyphosate adalah racun jenis sistemik atau serap, bertindak dengan menyerap melalui bahagian daun & batang pokok.
Glyphosate mengambil masa 7 - 10 hari untuk menampakkan kesan.
Faktor-faktor luar seperti musim hujan, kawasan tanaman yang berkelembapan tinggi dan teknik penyemburan juga mempengaruhi keberkesanan racun Glyphosate.
Selain itu, ada yang mengatakan masa penyemburan racun sama ada pagi, tengahari atau petang juga mempengaruhi kematian rumpai.
4. Keaslian Glyphosate
Glyphosate is racun rumpai yang diformulasikan oleh Syarikat Monsanto, Amerika Syarikat pada tahun 1970, dan mula berada di pasaran pada tahun 1974 di bawah nama dagang ”Roundup”.
Pada tahun 2000, hak atau paten eksklusif “Glyphosate” yang didaftarkan oleh Monsanto telah pun luput.
Ini membuka peluang kepada pengilang yang lain untuk menghasilkan formula racun rumpai masing-masing yang berasaskan ”Glyphosate”.
Dengan pelbagai jenis racun Glyphosate dengan nama dagang yang berbeza, sudah pastinya akan mempunyai kualiti keberkesanan yang berbeza.
Ada pengguna Glyphosate yang tetap mempercayai & menyokong jenama “Roundup”, dan ada juga yang memilih jenama baru yang lain asalkan “sama ajer, janji murah!”
Aturan Penggunaan:
Penggunaan tidak mengikut label adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974.
For more information, please visit www.ewarehouse.my - Malaysia's Largest Home Improvement Online Store
Негізгі бет Sukatan Sebenar Racun Serap atau Glyphosate-Isopropyl Ammonium
Пікірлер