“Perkara yang paling teruk ialah konspirasi besar daripada musuh-musuh Islam, serta pengkhianatan terbesar daripada segolongan umat Islam yang melakukan kerjasama dengan Israel.
Ini menyebabkan berlakunya penjajahan Zionis ke atas tanah Palestin dan punca kepada kejatuhan Baitul Maqdis yang merupakan kiblat pertama umat Islam, masjid ketiga yang suci (selepas Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid al-Nabawi di Madinah), dan destinasi Rasulullah (daripada Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dalam Israk) serta permulaan mikrajnya (ke Sidratul Muntaha).”
Penubuhan negara Israel di tengah-tengah dunia Islam merupakan perancangan pihak Zionis, disamping membina pangkalan tentera di negara-negara Islam untuk melindungi negara haram Israel, pada masa yang sama untuk mempertahankan kepentingan pihak penjajah, melindungi telaga minyak, dan mengawal laluan strategik untuk mengepung dunia Islam, merampas kekayaannya, dan memperhambakan umatnya. Namun begitu, cahaya Islam terus tersebar ke seluruh pelusuk dunia.”
Abdul Hadi Awang, Istanbul.
Негізгі бет SYARAHAN ISTANBUL TAUFAN AL AQSA DAN MASA DEPAN ISLAM
Пікірлер: 149