KULIAH BANGSAR UTAMA
Syarahan Umum V - Hang Tuah: Laksamana Melaka dalam sejarah kebudayaan melayu?
PROF EMERITUS DR AHMAT ADAM
Burung serindit, burung pekaka,
Terbang melayang mencari buah,
Apakah tuan Laksamana Melaka,
Digelar orang nama Hang Tuah?
Hang Tuah handal bermain senjata,
Panglima Jawa bergetar sujud,
Apakah benar bagai dikata,
Memang tuan benar wujud?...
Hang Tuah merupakan watak seorang adiwira yang sering kali dipuja dan diagungkan oleh bangsa Melayu. Beliau bukan sahaja menjadi inspirasi dalam menjustifikasikan kegagahan, keagungan dan kegemilangan bangsa Melayu, bahkan turut dilihat sebagai watak yang begitu sinonim dengan konsep ketaatan dan kesetiaan kepada pemimpin.
Naskah separa sejarah 'Sulalatus Salatin' memperihalkan tentang kisah keperwiraan beliau. Beliau dikatakan bukan sahaja mengalas tugas mempertahankan Sultan, bahkan Ketua Armada Laut malah menyandang tugas sebagai diplomat yang mengawal selia hubungan diplomatik Melaka dengan negara luar..Hal yang sama turut diperihalkan dalam roman klasik 'Hikayat Hang Tuah'..
Namun, sosok Hang Tuah bukan sahaja dipuja, bahkan turut menjadi titik kritikan sesetengah pihak sebagai seorang yang membuta-tuli dalam memberikan kesetiaan kepada pemerintah yang zalim, sehinggakan ke tahap sanggup mempertahankan ketidak-adilan, demi prinsip' Pantang Melayu Derhaka kepada Rajanya!"..
Kassim Ahmad (1966) dalam karyanya yang bertajuk "Characterisation in Hikayat Hang Tuah" mengajukan teori bahawa Hang Tuah bukanlah sosok yang patut dipuja sebagai wira (hero) kerana ketaatan membuta tulinya, bahkan beliau menampilkan watak Hang Jebat yang 'rebelious' sebagai wira sejati.
Farish A Noor (2009:239) dalam artikelnya bertajuk 'Hang Tuah the Pacifist: Deconstructing Our National Hero' menyatakan..
"Like many other works of classical Malay writing, the Hikayat Hang Tuah was labelled as a work of fantasy, its fictional status was robbing it of any epistemic worth as valid, vivid account of the mores and sensibilities of the people who produced it and the times they live in..
Berikutan itu, watak Hang Tuah jika diperhalusi mempunyai nilai seorang 'superhero'..Beliau dikatakan mempunyai keajaiban yang luar biasa. Apakah mungkin watak ini sebenarnya watak imaginasi untuk membangkitkan moral bangsa Melayu khususnya? Seorang pengkaji dari UPM menyatakan bahawa terdapat dokumen di Jepun yang membuktikan Hang Tuah wujud.
Walaupun terlalu banyak dakwaan bahawa Hang Tuah sebenarnya wujud, namun terdapat beberapa sarjana sejarah yang menyanggah kebenaran dakwaan ini berdasarkan kajian terperinci mereka akan dokumen sejarah..Polemik ini pastinya akan berterusan...
Di antara sarjana sejarah yang mencetuskan kontroversi dengan mendakwa Hang Tuah tidak wujud ialah Profesor Emeritus Dr. Ahmat Adam, seorang ahli sejarah yang terkenal.
Profesor Emeritus Dr. Ahmat Adam merupakan sejarawan yang terdidik dalam disiplin sejarah dengan mendapat pendidikan B.A (Hons) di Universiti Malaya, M.A & PhD (History) London. Kredibiliti ilmunya terbukti apabila beliau dikurniakan gelar akademik tertinggi, Professor Emeritus dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Негізгі бет Syarahan Umum V - Hang Tuah: Laksamana Melaka dalam sejarah kebudayaan melayu?
Пікірлер: 329