Taman Negara Johor Endau-Rompin (Peta) merupakan salah satu daripada sebilangan kecil Hutan Hujan Tropika Tanah Pamah di Malaysia. Terletaknya di tengah Sungai Endau dan Sungai Rompin di Johor bersempadan dengan Negeri Pahang, kawasan ini yang seluas 50,000 Hektar(500 Kilometer Persegi) dianggar berumur sekitar 250 Juta Tahun. Ditubuhkan pada tahun 1993, Taman Negara Johor Endau-Rompin berkeluasan 48,905 ha adalah kawasan perlindungan terbesar di Selatan Semenanjung Malaysia. Hutan hujan tertua yang teletak di Tenggara Johor ini merupakan khazanah biodiversiti dan habitat kritikal yang sangat penting bagi kelangsungan hidup megafauna yang terancam di negara ini, termasuk harimau malaya, tapir malaya dan gajah Asia.
Spesies tempatan yang lain termasuk Binturung (Bear Cat) dan Ungka Tangan Putih (White Handed Gibbon) yang merupakan spesies Mawas yang tinggal di kawasan ini. Di sini juga terdapat pelbagai jenis serangga dan burung yang jarang ditemui di tempat lain.
Antara kawasan menarik yang terdapat di sini ialah Sungai Ubat, Tasek Air Biru, Air Terjun Buaya Sangkut dan Penempatan Orang Asli Jakun yang terdapat di Kampung Peta.
Негізгі бет Taman Negara Johor Endau-Rompin (Peta)
Пікірлер