Taman Negara Endau-Rompin ditubuhkan pada tahun 1993, dengan keluasan berkeluasan 48,905 ha adalah kawasan perlindungan terbesar di Selatan Semenanjung Malaysia. Bagi pencinta Flora dan Fauna serta pencinta alam semulajadi, Taman Negara Endau-Rompin Selai menanti kehadiran anda di sini. Perjalanan ke Selai selepas Pekan Bekok, anda akan melalui beberapa Ladang Kelapa Sawit dan Kebun Sayur, seterusnya 5 Perkampungan Orang Asli iaitu Kg. Tembayan, Kg. Kudung, Kg. Tamok, Kg. Kemidak dan Kg. Selai. Masyarakat asal Orang Asli disini adalah dari keturunan jakun. kebanyakan penduduk disini bekerja mencari hasil hutan, berkebun dan mengusahakan ladang. Kini ramai diantara mereka yang bekerja dengan pihak Perbadanan Taman Negara Johor sebagai pekerja am dan pemandu pelancong.
Негізгі бет Taman Negara Johor Endau-Rompin (Selai), Segamat Johor
Пікірлер: 1