Tidak dapat dinafikan lagi bahawa penghayatan terhadap keindahan alam semula jadi bukan sahaja memberi ketenangan pada luaran dan dalaman diri, walhal ianya juga mampu membuatkan kita lebih mengenali ciptaan alam semesta yang menakjubkan dengan lebih mendalam. bagi kalian yang nak rasai alam semulajadi secara santai, jom kita menjelajahi ke Taman Negara Gunung Ledang. Taman Negara Johor Gunung Ledang ditubuhkan pada 2005 untuk melindungi gunung istimewa dan memelihara seluruh tumbuhan unik dan binatang yang bermastautin di sini. Kawasan perlindungan yang berkeluasan 8 611.9 hektar ini, merangkumi keseluruhan Ledang yang mempunyai ciri hutan hujan tropika yang luas dan berfungsi sebagai kawasan tadahan air kritikal untuk negeri Johor dan Melaka. Gunung Ledang merupakan salah satu destinasi pendakian gunung yang popular di negara ini iaitu antara 15,000 dan 20,000 pelawat terlibat dalam pendakian gunung bertinggian 1,276 meter setiap tahun.
Негізгі бет Taman Negara Johor Gunung Ledang
Пікірлер