Taman Tasik Taiping merupakan kawasan bekas perlombongan bijih timah yang tertua di Malaysia. Kawasan ini pernah dikuasai oleh pemimpin Hai San, iaitu Chung Keng Kwee. Apabila Residen Perak, Frank Swettenham mendapati kawasan ini strategik untuk pembangunan, kerja-kerja membaik pulih dimulakan sehingga ia dibuka untuk orang awam pada 17 November 1893. Pembangunan ini juga dibantu oleh penguasa perlombongan, William Scott sebagai peneraju yang menyusun pelan pembangunan.
Kawasan ini juga terletak di antara Bukit Larut dan Zoo Taiping yang merupakan tarikan utama bagi penduduk sekitar serta pelancong. Keluasan asal taman ini adalah 61.93 hektar serta diperbesarkan sehingga mencapai keluasan 96.44 hektar oleh Majlis Perbandaran Taiping.
Негізгі бет Taman Tasik Taiping, Perak.
No video
Пікірлер