Kepada ibu bapa / penjaga yang dihormati:
Tajuk: Pengumuman Jadual Waktu Kelas Telah Dikeluarkan
Dengan sukacitanya mengumumkan bahawa jadual waktu kelas telah dikeluarkan di laman web sekolah.
Oleh itu,pihak sekolah menggalakkan ibu bapa / penjaga untuk melayari laman web sekolah dan memuat turun jadual waktu bagi kelas anak anda. Anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut untuk mendapatkan jadual waktu:
Layari laman web sekolah: Sila masukkan alamat laman web sekolah kami di dalam pelayar internet atau tekan pautan di bawah :
www.skc-anglochinese.edu.my
Navigasi ke halaman: Di laman web utama, pilih menu "Jadual Waktu". Klik pada pilihan tersebut untuk melihat jadual-jadual yang tersedia.
Muat turun jadual waktu: Setelah anda masuk ke halaman jadual waktu, anda boleh memilih kelas anak anda dan memuat turun jadual waktu.
Sila cetak atau simpan jadual waktu di rumah untuk rujukan pada masa akan datang.
Sekian dan terima kasih.
Unit Pentadbiran
SK (C) Anglo Chinese Kota Kinabalu.
Негізгі бет Tatacara Muat Turun Jadual Waktu Kelas (Versi BM)
Пікірлер