Ilmu Tauhid adalah ilmu yang disusun untuk membantu manusia mengenal Tuhan dan segala perkara yang berkaitan dengan keagungan-Nya.
Di dalamnya terdapat pembahasan mengenai zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan nama-nama-Nya yang mulia lagi sempurna.
Tujuan ilmu Tauhid disusun dan dibukukan ialah untuk memberi kemudahan kepada manusia memahami kebesaran dan keagungan Tuhan yang menciptanya dan mencipta sekelian alam ini.
Sejarah ilmu Tauhid
Seperti ilmu-ilmu Islam lain yang telah tersusun baik, ilmu Tauhid juga tidak dikenali dan didapati sebagai suatu subjek ilmu di zaman Nabi s.a.w dan para sahabatnya.
Di zaman awal Islam, pemahaman tauhid dicapai menerusi penjelasan Nabi s.a.w mengenai apa itu iman dan Islam secara umum. Ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan berkaitan Allah dibaca langsung kepada para sahabat dan mereka menerima dan memahami kewajipan mentauhidkan Allah secara spontan tanpa banyak persoalan.
Sukar untuk dipastikan secara tepat bilakah masanya ilmu Tauhid ini mula disusun dan dibukukan sebagai satu ilmu yang khusus.
Apa yang dapat dijejaki ialah menerusi catitan-catitan secara tidak langsung di dalam kitab-kitab hadis seperti Al-Muwatta’ tulisan Imam Malik yang meletakkan bab iman, bab tauhid dan bab ilmu dalam kitab tersebut.
Aktiviti penulisan dan penyusunan ilmu Tauhid bermula apabila muncul persoalan-persoalan yang berkaitan dengan Allah dan sifat-sifatnya sehingga mencetuskan kekeliruan antara umat Islam terdahulu kerana dikaitkan dengan kaedah falsafah Yunani.[1]
Menurut rekod, buku pertama yang banyak pengisian tentang persoalan-persoalan tauhid dan akidah ialah buku Al-Fiqh Al-Akbarkarangan Imam Abu Hanifah. Buku tersebut mengandungi sanggahan terhadap pendapat-pendapat dari aliran Muktazilah, Jahmiyah, Qadariyah dan Syiah mengenai akidah yang telah menyimpang dari fahaman asal para sahabat dan tabiin.
Tauhid ‘Tiga Serangkai’
Tauhid Al-Rubiyyah, Tauhid Al-Uluhiyyahdan Tauhid Al-Asma’ Wa Al-Sifatmerupakan kaedah pembelajaran ilmu tauhid yang dikenali juga sebagai Tauhid Tiga Serangkai hari ini.
Secara ringkas, Tauhid Al-Rububiyyah merujuk kepada mengesakan Allah sebagai Tuhan yang menciptakan alam ini dan menafikan adanya Tuhan atau sebarang kuasa, selain Allah yang menciptakan alam.
Tauhid Al-Uluhiyyah pula merujuk kepada mengesakan Allah di dalam peribadatan, iaitu manusia dituntut untuk beribadah hanya kepada Allah sahaja, bukan kepada selain Allah.
Manakala Tauhid Al-Asma’ Wa Al-Sifat pula adalah menetapkan segala sifat-sifat dan nama-nama yang sempurna bagi Allah sebagaimana Dia sendiri menyifatkan dan menamakan diri-Nya.
Sejak kebelakangan ini, terdapat suara-suara yang mempersoalkan tentang kewajaran pendekatan ini diajarkan kepada masyarakat Islam.
Dakwaannya adalah ia menjadikan seseorang kurang imannya atau kufur kerana tidak menepati panduan ilmu tauhid yang dipelopori oleh imam Abu Hasan Al-Asy’ari yang merupakan seorang alim di dalam ilmu tauhid.
Menurut pendapat ini, ilmu Tauhid yang sebenar perlu dipelajari menerusi sifat 20 yang terangkum di dalamnya segala perkara yang berkaitan dengan keesaan Allah taala. Mereka mendakwa bahawa ilmu Tauhid tiga serangkai ini merupakan bid’ah dalam Islam kerana tidak pernah disebut oleh golongan salafussoleh.
Негізгі бет Tauhid 3 Bida'ah? | Dr. Firanda Andirja Abidin
Пікірлер: 134