Menurut buku Siri Mengenal Budaya 2003 : Mek Mulung yang diterbitkan pada tahun 2003 oleh Cawangan Dokumentasi dan Penerbitan, Bahagian Pembangunan Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia menyatakan bahawa Mek Mulung merupakan suatu adunan kesenian yang telah digabungkan dalam sebuah persembahan. Ia terdiri daripada unsur-unsur lakonan, nyanyian, tarian dan muzik. Meskipun seimbas lalu, persembahan Mek Mulung kelihatan mudah, tetapi ia tetap mempunyai keunikan yang tinggi nilainya. Secara amnya, struktur persembahan Mek Mulung mempunyai persamaan seperti struktur persembahan Makyong iaitu gabungan lakonan, nyanyian, tarian dan muzik serta persamaan watak-watak utama seperti raja, permaisuri, putera, puteri, peran, istana dan sebagainya. Namun, perbezaan dapat dilihat dari segi loghat (dialek semasa persembahan), busana, struktur dan bunga tarian.
Негізгі бет TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG
Пікірлер: 25