Tempurung Seaside Lodge Resort, Kuala Penyu, Sabah adalah salah satu tempat yang sangat menarik. Kira-kira 30 minit dari Pekan Beaufort ke Tempurung Seaside Lodge ini. Pemandangan ditepi pantai yang bersih & sungguh cantik. Laut luas terbentang kebiruan. Jauh dari kesibukan kota. Rasa sangat tenang & nyaman bila berada di sini. Tempat yang sangat romantik. Pemandangan & memori yang indah pasti terakam ketika berada di sini kenangan terindah anda berHoliday.
Bagi yang ingin bermalam di sini, Homestay & bilik penginapan juga ada disediakan setanding hotel 5 bintang dengan harga yang berpatutan bermula dari RM180 semalam. Di sini juga ada Cafe & Dewan Kecil Serbaguna untuk disewa. Sesuai bagi yang merancang percutian famili, grup kengkawan & couple yang berbulan madu. Pelbagai aktiviti bagi para pengunjung di sini seperti mandi-manda, ATV, BBQ & bermain layang-layang.
Tempurung Tower Steak House yang baru juga telah siap untuk para pengunjung. Di bahagian bawah Tower ini adalah Cafe & di atas adalah menara tinjau.
Bayaran masuk: RM5 untuk Dewasa & RM3 untuk Kanak-Kanak (Termasuk Air/Minuman)
Sila hubungi Receptionist Tempurung Seaside Lodge untuk tempahan: 011-35166339
FB Page Tempurung Seaside Lodge:
/ tempurungseaside
Негізгі бет Tempurung Seaside Lodge, Kuala Penyu, Sabah Cinematic Intro / Vlog (Full Review)
Пікірлер: 62