Video ini dihasilkan berdasarkan kajian yang bertajuk
Susur Galur Tradisi Budaya Malaysia dan Budaya Islam, Negeri Terengganu
yang telah dijalankan oleh para penyelidik daripada UniSHAMS. Mereka ialah:
1. Dr. Ibrahim Babikir Elhag Abdel Gadir
2. Dr. Abdul Ghani bin Mad Din
3. Dr. Mohamad Zaki Mustafa
4. En. Mohd Azizul Rahman bin Zabidin
Rakaman, suntingan, suara latar oleh Syafiq Sharif.
______________________________________________
Batu bersurat ditemui dalam keadaan bahagian atasnya telah patah, tanpa menyedari tentang maklumat yang termaktub pada batu ini, para penduduk telah menggunakannya sebagai alas untuk membasuh kaki sebelum naik ke tangga Surau Kampung Buloh.
Kemudian pada tahun 1902, seorang ahli perniagaan yang bernama, Syed Husin bin Ghulam al-Bukhari, telah mendapati terdapat tulisan pada batu tersebut lalu beliau meminta Penghulu Ali dan orang kampung untuk mengangkat dan meletakkan batu tersebut di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Setelah itu, batu ini dipersembahkan kepada Sultan Zainal Abidin III dan baginda menitahkan agar batu ini diletakkan di atas bukit puteri.
Kemudian pada tahun 1922, Timbalan Penasihat British di Terengganu H. S. Peterson telah meminta seorang jurugambar Jepun, N. Suzuki untuk mengambil gambar dan dihantar kepada C. O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Maklumat pada batu ini ditulis dalam bahasa melayu dengan tulisan jawi yang bertarikh 702 H.
Tulisan jawi pada batu ini menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum islam mengenai perbuatan zina dan kenyataan-kenyataan palsu beserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang.
Batu ini merupakan sebuah peringatan berbahasa melayu yang terawal dijumpai di semenanjung malaysia dan berkaitan dengan pengisytiharan agama islam sebagai agama rasmi dan penguatkuasaan undang-undang Islam.
Негізгі бет Terengganu | Islam, Budaya dan Masyarakat
Пікірлер