Dalam keadaan pasukan keselamatan sedang memainkan peranan mahu menyelamatkan orang ramai menjadi mangsa pandemik Covid-19 masih ada dalam kalangan rakyat sanggup membuat pelbagai helah bagi melepaskan diri.
Ia termasuk mendakwa isteri mengidap kanser manakala isterinya pula ‘berlakon’ sakit di dalam kereta.
Itu drama yang dapat disaksikan semasa Sekatan Jalan Raya Op Covid-19 yang diadakan oleh Pasukan Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak hari ini.
Operasi bermula 7 pagi dengan kekuatan anggota seramai 80 orang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Gombak, Asisten Superintendan Saharuddin Abd Talib di Jalan Kuala Lumpur-Rawang.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
#malaysiagazette #mgtv
Негізгі бет TERKINI : Pelbagai Alasan Bagi Nak Lepas Sekatan Jalan
Пікірлер: 987