Nama Chan Foo Kion memang asing bagi mereka yang gemar menggunakan pelantar media sosial untuk pelbagai aktiviti khususnya ketika senggang, namun sebut sahaja Kionz C (Kionz) pastinya ramai yang mengenali beliau khususnya di pelantar TikTok.
Selain memilih medium bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk setiap penerbitan kandungan media sosial beliau, Kionz menjadi tular dan amat popular tidak sahaja para pengikut beliau masyarakat umum.
Manakan tidak perkongsian beliau mengenai pelbagai tip untuk menjana pendapat melalui TikTok dan bagaimana mengguna dan mengaplikasi pelbagai teknik suntingan, penulisan dan garis cerita serta pernceritaan yang membolehkan setiap pengguna pelantar media sosial (TikTok) mendapat manfaat yang mereka perlukan.
Kionz yang merupakan seorang penerbit, pengarah dan KZitemr pernah mengalah untuk tidak mahu berkongsi pelbagai elemen dan aspek teknikal dalam bidang kreatif untuk chanel KZitem (Kionz C) beliau kerana ia tidak mendapat sambutan yang memberansangkan.
Namun siapa sangka tuah menyebelahi beliau, dengan satu video yang di kirim ke pelantar TikTok yang mengetengahkan kepelatan Kionz berbahasa Melayu mendapat perhatian warga maya. Manakan tidak, di akhir video tersebut Kionz menonjolkan kebolehan beliau bercakap dalam bahasa Melayu yang sangat fasih.
Bagi mengenali lebih dekat anak jati Kuala Lumpur ini, ikuti temuramah Rosli Mohd Nordin bersama Kionz di Studio Rimbun Gasing, Petaling Jaya.
Ruangan : Wawansabda Bahasa
Editor : Yusaida Yusof
Penulis : Rosli Mohd Nordin
Konsep, Penata Gaya & Pengarah Seni : @roslimn_
Jurufoto, Videografer & Visual Editor :
• Azrul Azizi Aziz (@azrul_azizi_aziz)
• Muhammad Iqmal Azri Ruslan (Pelatih UiTM)
Lokasi : Studio Rimbun Gasing
Majalah : Dewan Bahasa
Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka, DBP
Isu : Julai 2023
Негізгі бет “TikTok, Pelantar Media Sosial Jana Pendapatan” Kionz Chan
Пікірлер